Rumah api Bukit Jugra

Khamis, 2 Januari 2025, 10:50 pm0

Raon² sekejap cuti tahun baru.

Cerita begini, kalau bebeli kat Tiktok shop, kan ada diskaun untuk pembeli kali pertama. Dapatlah beli satu dron mainan yang murahan, RM7 sahaja 😱.

Cun² barang sampai pada satu haribulan. Terus dibawa ke bukit ini kononnya nak ambil video dari langit. Bila dah sampai, boleh pulak hilang konfiden nak fly dron 😅.

Yalah, pertama kali lepas beberapa tahun tak pegang controller. Dah la kali terakhir main, dron terlanggar pokok sampai bengkok kipasnya, terbang pun senget 😆.

Lepas tu, sepatutnya video ni habis sampai kat satu port mengail tepi sungai, tapi tak tau kenapa tak jumpa video tu kat dalam SD card dashcam. Mungkin ada video error, tu yang tak di-save. Lain kali nak pakai smartphone jugak untuk ambil video driving, sebagai backup.

Tilit sekejap video ni kat 👀:

▶ https://youtu.be/JV_dMA5m5og

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1275830713583838/

Tulis komen: