External hard disk holder DIY

Isnin, 17 Februari 2025, 9:25 pm

Boleh pegang sampai 10 USB disk/SSD enclosure.

91B3C501-0E54-4886-A85C-B00D283EC2D3.jpeg
Macam kepingan coklat 🤪.

Idea asal nak buat menegak macam kebanyakan external disk holder yang dijual kat sopi. Lepas potong² plastik ni ke saiz yang dikehendaki pastu bila nak pasang, jadi tak stabil sebab terlalu tinggi.

Lagipun guna plastic corrugated board, tak berapa teguh sangat. Kalau guna acrylic mungkin dapat buat jadi tower.

Paling baik kalau guna 3D printer. Ada sesiapa yang memiliki 3D printer yang boleh printkan produk ini? Nanti saya share plan 😎.

B897C023-B255-48B0-BBF9-D95A2DF426B6.jpeg
Ini setup sebelum ini, simpleton.

Hanya selotep semua enclosure dengan kotak sebagai pembahagi. Kekurangan cara begini sudah tentu haba – disk jadi panas sampai auto disconnect.

D8E9814A-54AA-4637-9334-1F041B70CF06.jpeg
Kena pakai gam gajah untuk pasang, kalau tak, terburai 😅.
1920D212-507D-44D6-85A0-F11D88262BF6.jpeg
Begini rupa lepas pasang semua disk.

Ada banyak ruang antara disk untuk membolehkan haba berlebihan disingkirkan, taklah ada masalah dengan disk pandai disconnect sendiri.

Setakat ini saia ada 6 external disk, ada 4 lagi slot boleh diisi. Survey kat sopi ada orang jual hard disk murah (https://invl.io/clmf9b7), dari laptop lama jenis rotating disk yang slow tu, bukan SSD. Dapatlah digunakan untuk jadi storan data, gambar & video dari phone, bukannya nak dapatkan speed, tapi kapasiti yang besar.

Disk ini semua disambungkan ke menggunakan USB hub 10 port ini ⁽¹⁾, jenama Orico, tapi bila cek sopi, dah tak jual lagi. Produk yang paling dekat serupa dengan USB hub ini adalah yang jenis 7 port begini – https://invl.io/clmf93w.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/09/unboxing-orico-10-ports-usb3-0-hub-with-power-adapter-a3h10-v2/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1308169783683264/

Tulis komen: