Review Hotel Skytree di Kuantan, Pahang

Jumaat, 11 April 2025, 6:45 pm
Nasib baik tukar ke hotel ni, selepas booking kat hotel asal ada masalah.
Al-kisah, biasanya saya book hotel guna Agoda. Bila dah sampai kat hotel tu, nak check-in, receptionist kata tak jumpa info pasal booking kat system diorang. Dia suruh saya check dengan Agoda, dia bagi nombor ke customer service. Call, ada mesin yang menjawab, pergilah pilih option untuk verify booking & hantar verification email. Dah dapat email, tanya balik kat receptionist, masih tak dapat jumpa info berdasarkan booking ID.
Biasanya kalau ada masalah yang tak patut timbul sebegini, itu petanda untuk bertindak.
Bila dilihatkan pada persekitaran hotel, dah nampak macam mini Delhi. Maklum time raya, semua orang tempatan balik kampung, yang tinggal hanya orang Asia selatan. Dengan stesen bas, deretan teksi, gerai² penjaja jual bawang & kentang dalam guni tepi jalan, timbul rasa kurang selesa dengan tahap kebersihan. Orang² di sana pun melihat macam kami ni yang foreigner, merenung & menjeling lain maciam .
Untung hari belum malam, senang nak cari hotel lain. Untung juga dapat Hotel Skytree ni, dengan persekitaran yang lebih bersih. Ulasan penuh #reviewhotel ada dalam album #panorama360 ni:
Bilik katil queen begini, RM114 semalam, termasuk cukai, tak ada deposit. Walaupun status hotel tiga bintang, saya bagi ★★★★☆ sebab puas hati semua kemudahan yang saya perlu, ada disediakan dengan baik & bersih.
Review Hotel J Suites Kuala Terengganu
12 April 2025
Tema trip raya tahun ni: manis, spontan & jem
6 April 2025