Kejutan demi kejutan

Jumaat, 30 Mei 2025, 1:20 am

Saia jarang nak tulis pasal , tapi bila saia nak bercerita, mestilah apabila…

389B0BBD-3457-408B-AA05-04BB40DF2C04.jpeg
Man U kalah 😂.

Pemain² pasukan Asean All Star dikatakan baru saja dikumpulkan & berlatih bersama selama 2 hari. Itu pun pasukan Manchester United tak dapat nak bagi saingan. Dah la musim ini mereka berada di kedudukan ke-15 dalam EPL. Ni MU pasukan Melaka United ka? 🤣

Highlight – https://youtu.be/V6WJNyHSsKs

P.s.: agaknya pemain Man U kepanasan main kat iklim khatulistiwa 🥵.

E8492441-BD93-4C00-A1BD-CA312CA00E02.jpeg
Malaysia seri.

Lawan dengan pasukan di ranking ke-72, Cape Verde, Malaysia yang berada di ranking ke-131 berjaya mengikat keputusan seri dalam perlawanan antarabangsa tier 1.

Persembahan nampak memberangsangkan, lebih² lagi di separuh masa kedua, di mana banyak percubaan tepat dihasilkan, dan salah satunya menghasilkan gol penyamaan.

Highlight – https://youtu.be/0xZRm11BNFU

718C7152-484B-4E80-916C-E4F780541849.jpeg
Gone too soon, RIP bro.

Saya bukanlah kawan yang paling rapat dengannya, tapi kami sama , sama kelas, sama blok asrama, sama minat main drum & gitar band punk rock, dan minat main skate. Pengalaman yang saya tak dapat lupakan bersama dia, adalah semasa berada dalam team drama bahasa Melayu, ikut pertandingan di Maktab Perguruan Batu Lintang. Walaupun tak menang, tapi aktiviti yang dibuat bersama tu menjadi memori kekal. Berehatlah di sana, kawan 🙏🏻.

https://www.facebook.com/share/p/1CfFviAFkU/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1384505069383068/

Tulis komen: