Rakyat madah, ni?

Ahad, 31 Ogos 2025, 2:05 pm
Maka bermulalah minggu patriotisme, dari hari #merdeka 31 Ogos sehingga hari Malaysia 16 September.
Bila menyebut pasal patriotisme, kita selalu bandingkan dengan negara luar. Lihat di Thailand & Kemboja yang berperang merebut sempadan. Lihat di Myanmar, perang saudara melibatkan kaum Rohingya sehingga kita terkena tempiasnya.
Baru² ini di Indonesia, akibat ketidakadilan pemerintah & penguasa yang menyebabkan kematian rakyat marhaen, penduduk di bandar² seluruh negara merusuh & menuntut parlimen dibubarkan.
Namun kita tak boleh leka. Lihatlah pada isu² terkini, para pelajar mati kena #buli, kementerian bertanggungjawab pilih solusi sambil lewa: tiap perhimpunan nak kena bersorak, sudahnya kaki pembulilah yang paling kuat bersorak. Lepas tu, sekolah yang tak ada rekod buli pulak dapat insentif, maka makin banyak sekolah akan sembunyikan kes supaya dapat peruntukan lebih.
Satu lagi isu yang kurang popular ialah rang undang² urban renewal act ⁽¹⁾. Perkara paling utama kat situ ialah ia membolehkan kerajaan membangunkan semula satu² kawasan tanpa persetujuan penuh pemilik. Contohnya, dalam satu kawasan perumahan, flat atau #apartment, kalau kerajaan nak ambil kawasan tu, robohkan dan bina balik bangunan lain, sama ada residential atau komersial, hanya perlu persetujuan 80% penduduk. Undang² semasa perlukan persetujuan 100% penduduk.
Bayangkan dalam satu kawasan apartment, agak² 80% pemilik #rumah adalah pelabur hartanah, mereka beli rumah hanya untuk disewakan, dan tak kisah kalau rumah tu dijual sebab mereka tak duduk sana. Bagaimana dengan pemilik sebenar yang betul² duduk kat rumah tu? Mereka jadi 20% yang tak bersetuju, dan terpaksa keluar dari rumah mereka, sebab kerajaan nak bangunkan kawasan tersebut.
Walaupun rang undang² ini masih dalam peringkat perbahasan, tapi kalau orang ramai tak ambil tahu pasal loophole yang bakal muncul, jangan bila dah berlaku kes, rakyat jadi gelandangan di tanah air sendiri, masa tu dah terlambat nak protes.
Bagi saya sendiri walaupun belum lagi memiliki property, masih dalam proses, tapi isu² berkaitan yang muncul begini sedikit sebanyak meresahkan.
—
Dan berkenaan berita peribadi, hari ini berlaku berita kematian dalam #keluarga kami, datuk saya (sebelah bapa) meninggal dunia pada jam 1.05 pagi di Limbang, pada umur 87 tahun.
إِنَا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, menerima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Aamiin.
4 September 2025
Konsep hydration dalam meta-framework
26 Ogos 2025