Sedap makan pagi tadi

Isnin, 20 Oktober 2025, 9:30 pm
Cuti Deepavali, hari mencuci #rumah.
Bila dah malam, hilang selera nak #makan .
Agaknya rumah saya sekarang ni, penghuni sebelumnya hanya tahu duduk saja, tak reti bersihkan rumah. Debu kat kipas dah jadi macam ulat bila dilap dengan kain.
Sinki dapur pula bocor & hampir tersumbat, dinding dapur kotor berdaki & bertahi cicak. Pintu & tingkap ke bilik washer pula penuh bersawang, macam tak pernah dibersihkan. Tu yang bila dah cuci, repair & unclog sink drain, dah tak lalu nak makan malam.
Satu lagi benda nak repair adalah odor trap kat floor drain. Bila check, ia guna trap jenis bell, dan semua floor drain tak pasang trap tu. Sebab tu selalu masuk bau longkang & lipas sering merayap sampai ke bilik .
Banyak lagi #DIY akan datang.
Habis first half ramai dah nak balik
15 Oktober 2025