24 November 2020, 3:45 pm
Selepas 30 tahun literally berhempas pulas di dalam gelanggang segi empat, ahli sukan hiburan (sports entertainment) yang terkenal dengan watak menyeramkan bersama “adik” nya, Glenn Jacobs, yang merupakan datuk bandar daerah Knox, akhirnya rasmi bersara hujung minggu lalu.
#WWE
23 November 2020, 11:50 am
PKP bersyarat di Kuching dilanjutkan hingga Jumaat, 27/11, tapi mungkin akan ditamatkan awal jika kes baru menunjukkan trend menurun ⁽¹⁾.
#dashcamdrive
22 November 2020, 10:20 am
Sekarang senang dah nak tukar bateri iPhone secara #DIY, kat Shopee ada banyak dijual bateri, termasuk sekali dengan perkakas (tools) dan pelekat untuk memasang bateri.
#DIY
#iPhone
21 November 2020, 10:15 am
Selalu tengok #hargapetrol tapi saya baru perasan yang sekarang harga diesel dah lebih mahal dari RON 95. Biasanya diesel lebih murah dari petrol.
#hargapetrol
#Petronas
20 November 2020, 4:30 pm
Selepas kawasan Parlimen Batu Sapi kat Sabah diisytihar darurat ⁽¹⁾, ada ura² mengatakan seluruh Sarawak pun mungkin akan dikenakan darurat, supaya #pilihanraya negeri dapat ditangguhkan ⁽²⁾.
#emau
#pilihanraya
#politik
19 November 2020, 4:15 pm
Sayur² berikut merupakan bahan yang menghasilkan rasa manis #resipi #sayur stir-fry ini:
#makan
#resipi
#sayur
18 November 2020, 5:50 pm
Dalam tempoh pandemik sekarang, kalau tak dapat datang ke #Kuching, video ini akan membawa anda rasa seperti pelancong yang tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching, berjalan ke tempat tumpuan pelancong di pusat bandaraya.
#dashcamdrive
#Kuching
17 November 2020, 3:35 pm
Kebanyakan Wi-Fi router sekarang menggunakan 2 jenis frekuensi, 2.4GHz dan 5GHz. Bagi yang memasang Unifi, akan mendapat 2 Wi-Fi hotspot dengan salah satunya dengan nama 5GHz.
#Chromecast
16 November 2020, 2:00 pm
Khamis lalu MFL mengumumkan untuk membatalkan terus saingan #PialaMalaysia2020, selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan ditolak oleh MKN, kerana PKPB yang dikuatkuasakan di seluruh negeri di Malaya kecuali Perlis, Pahang & Kelantan, sehingga 6/12.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2020
15 November 2020, 1:15 pm
Minggu lalu pada 7/11, Joe Biden telah diumumkan sebagai pemenang #pilihanraya presiden Amerika, selepas berjaya mengumpul 270 undi electoral ⁽¹⁾.
#pilihanraya
#politik
Mukasurat
101
-
110
→