Masak sayur pun nak letak kari ka?
Ini reaksi kami dulu yg datang ke Malaya, dan tengok menu sayuran yang ada, kalau tak berkari, mesti bersantan. Berbeza dgn di Sarawak, di mana sayur dimasak cara stir fry ataupun rebus, lebih mudah didapati.
Ini reaksi kami dulu yg datang ke Malaya, dan tengok menu sayuran yang ada, kalau tak berkari, mesti bersantan. Berbeza dgn di Sarawak, di mana sayur dimasak cara stir fry ataupun rebus, lebih mudah didapati.
Sayur cangkuk manis (sauropus androgynus), atau dipanggil cekur manis di Malaya, adalah tumbuhan yg paling senang ditanam. Tipulah kalau tak pandai tanam sayur ni, orang yg kata tangan dia panas pun, cucuk saja ke tanah, confirm hidup.
Sekarang internet rumah saya menggunakan hotspot dari iPhone. Semua peranti yg memerlukan akses internet kena sambung ke hotspot ini. Chromecast, iPad, laptop, semua sambung ke hotspot yang sama, barulah dapat main lagu dari Spotify kat TV.
Di sini saya pasang balik #Chromecast, supaya dapat tengok #movie dari #iflix kat #TV. Movie saya tengok hari ni ialah filem korea Prison (2017) tentang seorang polis yang jadi banduan untuk balas dendam pembunuhan abang dia. Hero dia Kim Rae Won, dulu popular dgn movie My Little Bride (2004), yg mana dialog paling saya ingat ialah, “I know Canada!”. 😂
Kelmarin OPEC, Rusia dan negara pengeluar petroleum bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari. Namun pengurangan ini secara tentatif, dijangka hanya akan dilaksanakan dalam bulan Mei dan Jun. Tambahan pula, disebabkan pandemik #Covid19, permintaan minyak mentah dijangka menurun sebanyak 25 juta tong sehari, lebih cepat menurun berbanding pengeluaran, menurut firma Energy Aspects. Oleh itu, situasi pengeluaran mengatasi permintaan masih wujud, dan harga petrol di stesen minyak juga kemungkinan masih menurun.
#MCO berlanjutan untuk fasa ke-3, bermula 15 April hingga 28 April. Menurut kementerian kesihatan, MCO yang berlarutan selama hampir sebulan yang lepas telah berjaya mengurangkan kebolehjangkitan atau penularan wabak ini.
Apa bezanya? Makan untuk hidup - kita #makan sekadar cukup² supaya kita kekal hidup, ada tenaga & tidak mati kebulur. Hidup untuk makan - tujuan hidup adalah untuk makan, selalunya makan mesti nak yang sedap², yang mewah², makan banyak² melebihi kemampuan perut sendiri.
Ambil contoh kalau korang pergi jalan² bercuti dengan memandu ke satu tempat yang pertama kali korang sampai pastu tersesat. Katakan dalam kereta ada 3 penumpang seorang pemandu, bila dah sesat atau kehabisan minyak, si penumpang salahkan pemandu tak research jalan awal² ataupun tak isi minyak penuh. Pemandu pula salahkan penumpang yg kerjanya hanya duduk, tidur, cakap², makan² tapi tak tolong tengok jalan atau tengok peta.
Tapi bukan, ini keropok Borneo yang hi-tech, kilang dia kat Asajaya. Apa benda yg hi-tech tu entah la 😅.
Ia merupakan salah satu fenomena #supermoon ataupun keadaan apabila bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi. Kedudukan ini juga dikenali sebagai perigee - paling hampir dengan bumi, manakala satu lagi terma, apogee, bermaksud paling jauh dengan bumi.