4 Ogos 2021, 8:30 pm
Sarawak antara negeri yang memasuki fasa ke-3 Pelan Pemulihan Negara hari ini, tapi disebabkan kes yang masih tinggi, zon selatan - Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian & Tebedu masih lagi fasa ke-2 ⁽¹⁾. Bermaksud belum boleh rentas daerah lagi 😫. #MCO
#politik
#TSMY
#YDPA
3 Ogos 2021, 6:20 pm
Setakat ni ada 3 jenis animasi yang saya tengok - waktu pembukaan #SukanOlimpik ada animasi pelbagai sukan. Dalam minggu lalu ada animasi sukan renang, minggu ni nampak sukan gimnastik:
#SukanOlimpik
2 Ogos 2021, 8:25 pm
JDT vs Perak.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021
1 Ogos 2021, 10:25 pm
Dah masuk 2 bulan kena PKP tak dapat rentas daerah, jalan² dalam #game #GTA5 pun jadi lah 😅.
#game
#GTA5
#laptop
#Thinkpad
31 Julai 2021, 9:45 pm
#YDPA mengeluarkan proklamasi darurat untuk negeri Sarawak, bermula 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 ⁽¹⁾. Ini berikutan DUN Sarawak yang sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu, dan #pilihanraya negeri wajib diadakan dalam tempoh 60 hari, tapi dalam keadaan pandemik #Covid19 sekarang, tak dapat nak keluar buang #undi, nak rentas daerah balik kampung apatah lagi, dan dengan itu darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan pembubaran DUN & pilihanraya negeri ditangguhkan ⁽²⁾.
#emau
#pilihanraya
#politik
#undi
#YDPA
30 Julai 2021, 10:30 pm
Dalam stadium boleh nampak banner untuk Brendan Gan yang didapati menghidap kanser testis ⁽¹⁾ & terpaksa menjalani pembedahan & rawatan susulan. Oleh itu Brendan tak dapat beraksi untuk Selangor untuk beberapa perlawanan.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021
29 Julai 2021, 10:00 pm
Al-kisah dalam 4 tahun lalu saya ada drive ke Miri. Dari rumah kat Kuching, ada seekor cicak melekat kat cermin depan #kereta dalam perjalanan ke Serian. Lepas tu tak tau ke mana cicak tu pergi, mungkin masuk dalam ruang enjin kereta 😳.
#jalan
#kereta
#vivaturbo
28 Julai 2021, 9:50 pm
Bekas pemain dram untuk band metal Slipknot telah meninggal dunia pada umur 46 tahun, namun punca kematian tidak didedahkan ⁽¹⁾. Beliau telah menghasilkan 4 album bersama Slipknot sehingga All Hope Is Gone, 2008.
#lagu
#muzik
27 Julai 2021, 9:00 pm
Sempena #SukanOlimpik Tokyo 2020, ramai yang memberi sokongan & tak kurang juga yang mengambil bahagian acara debat online pasal atlet² yang terlibat. Saya tak minat benda² debat ni, saya lebih suka main #game computer saja, lebih² lagi mencuba game yang dimasukkan dalam browser Google Chrome ini, ambil feel musim olimpik.
#game
#SukanOlimpik
26 Julai 2021, 9:30 pm
Liga Super disambung lepas rehat 2 bulan lebih, untuk beri laluan skuad Harimau Malaya beraksi di kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, serta saingan Liga Juara² Asia (ACL).
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021