Kucing adalah haiwan crepuscular.

28 June 2020, 11:40 am

Kucing adalah haiwan crepuscular.

Crepuscular bermaksud aktif di waktu twilight, iaitu tempoh waktu senja (matahari terbenam) dan tempoh waktu fajar (matahari terbit). Tidak seperti sangkaan ramai, kucing bukanlah nocturnal, iaitu aktif di waktu malam. Manusia pula diurnal, bermaksud aktif di waktu siang.

Ini kerana pada waktu tempoh tersebut kucing akan pergi memburu, sama seperti singa, harimau dan #emau. Kucing tidur pada kebanyakan waktu siang untuk menjana semula tenaga untuk memburu, dan juga untuk mengelak daripada pemangsa. Sebab tu kucing selalu tidur di tempat tinggi atau tempat yang tersembunyi, hingga kita susah nak jumpa.

Kucing tidur sekitar 16 ke 20 jam sehari. Untuk anak kucing yang baru lahir pula, ada yang tidur seharian. Tapi kalau cuaca sejuk atau hujan, kucing akan tidur lebih lama. Kalau dah naik atas pangku tu, start bunyi rrrrr 😆.

Kucing juga mempunyai fasa tidur seakan manusia, tapi kurang bilangan fasanya.

• Mula² kucing akan terlelap, memasuki fasa gelombang otak perlahan (slow-wave sleep).
• Kemudian terus memasuki fasa REM (rapid eye movement), di mana gelombang otak akan menjadi lebih aktif berbanding sewaktu bangun.

Di fasa REM ini, kucing akan mengalami mimpi. Kalau pernah tengok kucing tidur sambil kaki, ekor atau misai dia bergerak², itu tandanya kucing tengah bermimpi. Mungkin tengah mimpi kena kejar kucing gengster jalanan, atau tengah makan sedap² 🙀.

Pin It Send

Komen sikit: