Kadar cukai jalan di Malaysia Timur kekal, bulan depan nak renew road tax & insuran
Berita - https://www.utusanborneo.com.my/2020/09/17/kadar-cukai-jalan-di-sabah-sarawak-terus-dikekalkan-wee
Berita - https://www.utusanborneo.com.my/2020/09/17/kadar-cukai-jalan-di-sabah-sarawak-terus-dikekalkan-wee
Dari pagi hingga tengahari, cuaca baik. Bila masuk pukul 4, hari mula gelap & hujan mula turun kat Siburan.
Dah beberapa kali saya dengar cerita rider tak tahu #jalan ke rumah customer walaupun dah diberi location. Info location dah kira tepat coordinate dia, tapi rider tak tahu macam mana nak gunakan info ini.
Dalam gambar ialah #jalan Datuk Stephen Yong Link, berdekatan Kuching City Mall. Tapak pembinaan kat tepi jalan ni adalah stesen minyak #Petronas baru yang sedang dibina. Lokasi ni strategik sebab jalan inilah yang akan menyambungkan highway #PanBorneo arah dari Serian ke Bau. Ada jugak tempat untuk jadi pit stop untuk mereka yang nak ke Bau / Lundu / Sematan tanpa singgah di dalam bandaraya #Kuching.
Hujung minggu lalu, dalam perjalanan ke #Serian, semasa kat #Kuching, cuaca panas dan kering. Kemudian dari kawasan #Padawan ke #Siburan, hujan lebat sepanjang #jalan. Dan bila sampai di Serian cuaca panas kembali, tapi cahaya matahari jadi warna kuning.
Binaan berbentuk silinder, besar 2 lorong jalan & lebih tinggi dari lori treler. Nak kata tiang untuk jejambat, tapi ada satu saja kat sini, #jalan tepi bangunan DUN lama #Kuching. Satu lagi kat Jalan Datuk Merican Salleh lepas bulatan.
Lepas ulang alik mahkamah, akhirnya #Petronas akan membayar cukai jualan negeri kepada kerajaan Sarawak. 7 anak syarikat Petronas termasuk Petronas Carigali akan didaftarkan sebagai badan yang dikenakan cukai di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri (https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/06/petronas-bayar-sst-menerusi-tujuh-anak-syarikatnya).
Ini berikutan penguatkuasaan caj keluar masuk Brunei yang mengenakan bayaran sebanyak BND3 setiap seorang untuk setiap satu hala perjalanan ⁽¹⁾. Dalam pada itu, tol Jambatan Rasau, yang juga BND3 sekali limpas pula akan dimansuhkan.
Jalan #Limbang ke #Miri tanpa melalui Brunei. Potongan #jalan yang menyambungkan Bawang Obor, Mentawai, Gunung Buda dan Gunung Mulu sedang rancak dalam pembinaan. Saya tak dapat peta lengkap jalan ini, jadi saya plot sendiri kedudukan tempat berdasarkan info yang ada. Kampung Bawang Obor tak ada dalam Google Map, tapi ia berada dalam kawasan Batu Danau. Tanah Merah di Upper Medamit pun tak jumpa, jadi saya letak Nanga Medamit saja. Kiranya jalan ni berada di sepanjang Sungai Limbang, hinggalah ke Lapangan Terbang Gunung Mulu.
Laluan kontra bermaksud laluan sementara pada #jalan raya atau lebuhraya yang menggunakan lorong pada arah trafik yang berlainan daripada yang asalnya.