Pindah anak pokok ke hidroponik kratky method
4 minggu lepas benih capsicum ini disemai ⁽¹⁾, sekarang dah memanjang, boleh dipindahkan ke pasu #hidroponik berisi air baja. Saya recycle barang² sedia ada untuk tujuan ini:
4 minggu lepas benih capsicum ini disemai ⁽¹⁾, sekarang dah memanjang, boleh dipindahkan ke pasu #hidroponik berisi air baja. Saya recycle barang² sedia ada untuk tujuan ini:
Ini cara mudah untuk semai biji benih, yang nantinya saya nak pindah ke #hidroponik kratky ⁽¹⁾. Gunakan bekas plastik bertutup - saya recycle bekas kuih ⁽²⁾. Isi dengan hidroton, atau batu sungai saiz sederhana, lebih kurang ½ inci.
Kat bungkusan baja AB pepejal selalunya ada arahan untuk membancuh, berapa banyak air untuk berat baja yang ada. Baja AB yang saya beli ini ⁽¹⁾ beratnya 1 kg untuk setiap satu, dan kena bancuh dengan 4 liter air. Hasilnya akan ada 4 liter baja A & B yang masih berkepekatan tinggi, untuk disimpan sebagai stok, dan kena dicairkan lagi bila nak diguna pada tanaman #hidroponik.
Dulu² agak susah nak jumpa pasaraya jual baja AB, kat kedai #kebun & nurseri pun hanya jual baja AB cecair, jenis pepejal kena beli online.
Tahun lalu pokok² buluh kat #kebun bukit kat #Serian ni ditebang untuk lapangkan kawasan ⁽¹⁾. Saya ada juga ambil video, ingat nak buat macam Jungle Survival tu ⁽²⁾. Tapi tiba² Covid-19 datang, lalu berbulan² tak singgah sini. Sekarang buluh semua dah panjang balik.
Pokok kapok atau kekabu, menghasilkan buah yang mengandungi bahan seperti kapas yang dulunya selalu digunakan sebagai bahan isi dalam tilam dan bantal.
Dulu² selalu tengok sarung parang diperbuat daripada kayu. Dua keping papan dipahat alur pada belah yang bertentangan, kemudiannya diapit kedua² papan tersebut menghasilkan ruang di tengah antara papan untuk menyimpan parang.
Khamis, 3 Disember 2020, 5:00 pm Menyemai benih tumbuhan menggunakan kertas kitar semula seperti surat khabar atau majalah memberi beberapa kelebihan seperti: Lebih murah & mudah berbanding menggunakan polibag Boleh tanam terus ke tanah & kertas akan lupus sendirinya, tidak seperti polibag Kertas² terpakai tidak hanya dibuang tanpa dimanfaatkan kegunaannya ① – Ini benih tomato […]
Tak selalu diberi baja, tak disembur racun serangga, tapi cantik saja buah dia keluar. Pokok pun tinggi lebih 5 kaki, tumbuh kat tepi parit. Pelik juga banyak tumbuhan terutamanya pokok bunga kalau tumbuh dicelah batu atau konkrit, sihat walafiat pulak jadinya 😅.