Pekan Tebakang banyak pokok kapok

Isnin, 22 Februari 2021, 4:05 pm1,322

Pokok kapok atau kekabu, menghasilkan buah yang mengandungi bahan seperti kapas yang dulunya selalu digunakan sebagai bahan isi dalam tilam dan bantal.

Sekarang dah jarang jumpa bantal atau tilam dengan isi kapok, sebab kapas kapok ni kalau dah lama pakai & menyerap kelembapan, akan jadi bergumpal & berketul², kena rajin jemurkan tilam & bantal tu kalau nak ia empuk balik.

151775564_254680872768396_4357098614972650709_n.jpg

① – Ini salah satu pokok kapok tinggi di tebing sungai dekat pekan .

150850530_254680862768397_726178427662960224_n.jpg

② – Ini rupa salah satu buah kapok yang dah gugur & isinya boleh diambil untuk mengisi bantal.

152351390_254680852768398_1436603708620459860_n.jpg

③ – Saya dapati yang daun pokok kapok nampak macam daun pokok bandung (sebelah kiri).

Pekan Tebakang terletak di tepi Sungai Kayan, termasuk Kampung Tebakang Dayak & Tebakang Melayu di seberang sungai. Dekat padang di pekan ini boleh nampak banyak pokok kapok ni, mungkin yang ditanam oleh penduduk tempatan.

Saya tinggal di Tebakang semasa tahun 1990-an, semasa masih kanak². Lepas lebih 20 tahun, pekan ini tak banyak berubah, cuma banyak kedai dah tutup. Gelanggang badminton yang terletak di antara baris rumah kedai ni masih lagi ada pasu bunga tersusun kat sana 😅.

Semalam Sarawak 004/2020 memandu ke sini ⁽¹⁾, dan seperti biasa, saya tak dapat bangun awal pagi & ikut serta, jadi saya waktu petang sajalah 😆.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/aurizn/posts/10157828052486080

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/254680912768392/

Tulis komen: