Geng Fairlady berapa minit Serian - Kuching hujung minggu lalu?
Terjumpa 6 biji 350Z merempit kat highway #Kuching - #Serian, ni 3 biji tertinggal kat belakang, sangkut kat traffic light #Siburan.
Terjumpa 6 biji 350Z merempit kat highway #Kuching - #Serian, ni 3 biji tertinggal kat belakang, sangkut kat traffic light #Siburan.
Cara nak guna sistem ni mudah saja. Semasa memandu ke tempat letak kenderaan bawah tanah, kat pagar masuk automatik tu ada kamera yang mengesan nombor plat kenderaan, pastu akan memaparkan nombor pada paparan tulisan LED. Proses scanning tak lama, bawah 5 saat, dah boleh drive #kereta masuk.
Dalam gambar ialah #jalan Datuk Stephen Yong Link, berdekatan Kuching City Mall. Tapak pembinaan kat tepi jalan ni adalah stesen minyak #Petronas baru yang sedang dibina. Lokasi ni strategik sebab jalan inilah yang akan menyambungkan highway #PanBorneo arah dari Serian ke Bau. Ada jugak tempat untuk jadi pit stop untuk mereka yang nak ke Bau / Lundu / Sematan tanpa singgah di dalam bandaraya #Kuching.
Hujung minggu lalu, dalam perjalanan ke #Serian, semasa kat #Kuching, cuaca panas dan kering. Kemudian dari kawasan #Padawan ke #Siburan, hujan lebat sepanjang #jalan. Dan bila sampai di Serian cuaca panas kembali, tapi cahaya matahari jadi warna kuning.
Binaan berbentuk silinder, besar 2 lorong jalan & lebih tinggi dari lori treler. Nak kata tiang untuk jejambat, tapi ada satu saja kat sini, #jalan tepi bangunan DUN lama #Kuching. Satu lagi kat Jalan Datuk Merican Salleh lepas bulatan.
Jambatan ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki sahaja, merentasi Sungai Sarawak, menghubungkan Tebingan #Kuching dengan Pengkalan Sapi. Ia dibuka kepada umum pada 11 November 2017.
Kat bandaraya #Kuching, kalau cuaca bagus, dapat selalu tengok pemandangan matahari terbenam yang cantik. Gambar ni diambil semasa saya memandu #kereta di atas Jambatan Tun Salahudin, #jalan arah menuju ke Masjid Darul Hana.
Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai - #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.