Carpark Plaza Merdeka kat Kuching dah guna sistem pengesanan nombor plat kenderaan

118401683_172272781009206_1181761866793659892_n.jpg

Ahad, 23 Ogos 2020, 11:25 am

Carpark Plaza Merdeka kat dah guna sistem pengesanan nombor plat kenderaan.

Cara nak guna sistem ni mudah saja. Semasa memandu ke tempat letak kenderaan bawah tanah, kat pagar masuk automatik tu ada kamera yang mengesan nombor plat kenderaan, pastu akan memaparkan nombor pada paparan tulisan LED. Proses scanning tak lama, bawah 5 saat, dah boleh drive masuk.

Nak bayar pula, boleh ke kaunter kat aras 1 parking. Hanya bagitau nombor plat kenderaan pastu bayar secara tunai.

Cara lain yang lebih mudah untuk bayar parking, secara tanpa tunai adalah dengan menggunakan app Pay & Go.

Android – play.google.com/store/apps/details?id=com.FAME.payandgo
iOS – apps.apple.com/my/app/pay-go/id1502880837

Ataupun gunakan Sarawak Pay. Saya belum lagi cuba guna kedua² apps ini jadi tak dapat nak komen. Kalau line internet laju pastu server Pay & Go dan Sarawak Pay tak under heavy load, boleh saja bayar dengan cepat, tak payah nak berbaris.

Time nak keluar pun sama jugak, kamera kat pagar keluar akan scan nombor plat, pastu kalau semua ok, dah bayar, boleh keluar ✌🏻.

P.s: yang pakai design plat fancy² tu tak tau la kalau sistem ni dapat scan ka tidak, apa² masalah nak masuk atau keluar parking sini, kena tanggung sendiri la 🤪.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: