Hari panas minum iced Americano
Rasa #kopi masih lagi ada elemen Nescafe kat situ, tak seperti kopi McD yang lebih tulen rasa kekacang kopi Arabika.
Rasa #kopi masih lagi ada elemen Nescafe kat situ, tak seperti kopi McD yang lebih tulen rasa kekacang kopi Arabika.
Dengar cerita #트와이스 ada buat shooting video #muzik #lagu baru untuk comeback bulan Jun nanti kat sebuah resort yang ada theme park kat Pulau Jeju ⁽¹⁾. Gambar ni kira kat kolam theme park jugak lah 😆.
Hari ini genap 2 tahun tragedi tsunami di Selat Sunda yang berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Krakatau.
Album ‘Eyes Wide Open’ oleh artis #kpop #트와이스 dikeluarkan 2 bulan lalu ⁽¹⁾, dengan title track ‘I Can’t Stop Me’, namun #lagu tersebut kurang mendapat sambutan dalam pasaran tempatan Korea ⁽²⁾. Saya rasa lagu dengan rentak retro elektropop tersebut mungkin kekurangan wow elemen pada #muzik dan nyanyiannya. Dan disebabkan lagu ini jenis dance song, lagu ini mungkin hanya dapat dinikmati apabila disertakan dengan persembahan koreografi tarian.
Sebelum ini #SOAD telah beberapa kali cuba kembali semula dengan album baru, selepas album terakhir, Hypnotize, pada tahun 2005, tapi sering tidak sependapat dalam proses penghasilan #lagu. Kali ini, disebabkan oleh perang di Nagorno-Karabakh, ataupun dipanggil Artsakh oleh orang Armenia, barulah mereka setuju untuk bergabung semula dan menghasilkan lagu di bawah label kumpulan System of a Down.
#spotify: https://open.spotify.com/track/3479kk78dx3GFt048Udq54
Cepat register & hantar data penduduk rumah masing² kat https://ecensus.mycensus.gov.my/, esok dah nak tutup, lepas tu #banci akan dilakukan secara bersemuka. Kalau tak tahu cara nak buat, ada manual disediakan di https://ecensus.mycensus.gov.my/assets/brand/manual_guide_bm.pdf.
Lokasi: Damai Central, #Santubong. Kawasan pantai, kedai & restoran masih buka time #MCO pemulihan sekarang, cuma jalan masuk dihadkan, hanya boleh masuk dari satu lorong di bangunan utama Damai Central.
Hari cuti hari untuk ‘mengenteng’ gitar 😅.
Apa khabar saudara dan saudari semua? 😁