Apa yang rakyat dapat dengan nama baru jawatan ini?
Adakah rakyat dapat lihat projek pembangunan semakin cepat disiapkan. Projek letak lampu isyarat kat bulatan ke Samarahan pun tak siap² lagi, takkan nak tunggu 10 tahun baru siap lampu isyarat tu.
Adakah rakyat dapat lihat projek pembangunan semakin cepat disiapkan. Projek letak lampu isyarat kat bulatan ke Samarahan pun tak siap² lagi, takkan nak tunggu 10 tahun baru siap lampu isyarat tu.
Seperti dijangka, GPS memenangi #pilihanraya kali ini dengan majoriti mudah, memperoleh 76 kerusi daripada 82 jumlah keseluruhan ⁽¹⁾. Dapatlah parti pemerintah meneruskan projek² pembangunan tanpa banyak bangkangan.
1. Install & buka app MySPRSemak, semak daftar pengundi untuk dapatkan lokasi pusat mengundi, nombor saluran, nombor bilangan & masa cadangan untuk keluar mengundi.
Hari ni hari penamaan calon untuk #pilihanraya negeri Sarawak. Boleh check kat app MySPRSemak untuk info tentang tempat & masa buang #undi dan juga calon² yang bertanding. #politik
Ucapan pertama DS Ismail Sabri #DSIS sebagai perdana menteri Malaysia ke-9:
DS Ismail Sabri dah pun mengangkat sumpah sebagai PM ke-9 Malaysia ⁽¹⁾, selepas mendapat majoriti calonan menerusi surat akuan (statutory declaration / SD).
Dah pasti dah berita PM & seluruh kabinet PN letak jawatan ⁽¹⁾, berikutan 15 ahli parlimen UMNO yang menarik balik sokongan kepada #TSMY ⁽²⁾. Beliau akan jadi Perdana Menteri caretaker, sementara #YDPA memilih PM baru yang disokong majoriti ahli Dewan Rakyat. #politik
Sebut pasal tamat, kamboh hari ni pasal berita tamatnya suatu era.
Sarawak antara negeri yang memasuki fasa ke-3 Pelan Pemulihan Negara hari ini, tapi disebabkan kes yang masih tinggi, zon selatan - Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian & Tebedu masih lagi fasa ke-2 ⁽¹⁾. Bermaksud belum boleh rentas daerah lagi 😫. #MCO
#YDPA mengeluarkan proklamasi darurat untuk negeri Sarawak, bermula 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 ⁽¹⁾. Ini berikutan DUN Sarawak yang sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu, dan #pilihanraya negeri wajib diadakan dalam tempoh 60 hari, tapi dalam keadaan pandemik #Covid19 sekarang, tak dapat nak keluar buang #undi, nak rentas daerah balik kampung apatah lagi, dan dengan itu darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan pembubaran DUN & pilihanraya negeri ditangguhkan ⁽²⁾.