10-year challenge: Invincible Youth
Ahad, 3 Februari 2019, 7:28 pm0
Sebelum #10yearchallenge menjadi viral, saya terfikir untuk menulis pos mengimbau perkara 10 tahun dahulu. Bukan berkenaan diri saya, tapi berkenaan rancangan variety TV Korea iaitu Invincible Youth.
Ia adalah rancangan tentang sekumpulan wanita daripada beberapa kumpulan Kpop, ke sebuah kampung untuk menjalani kehidupan luar bandar. Mereka belajar segala cara hidup dari berkebun, menternak, menyediakan juadah, menolong orang kampung dan sebagainya.
Antara perkara yang menarik tentang rancangan ini ialah ia mendedahkan teknik agrikultur, mesin dan peralatan bertani yang agak baru di tempat kita pada masa itu.
Contohnya, mesin menanam padi pada gambar ke 2. Mesin ini mampu memindahkan anak padi ke sawah dgn sangat mudah dan cepat berbanding secara manual. Sangat mudah hinggakan wanita pun dapat mengendalikan mesin seperti yang dipaparkan.
Dalam gambar ke 3 adalah alat pelbagai guna untuk menanam atau memindah anak pokok. Hanya cucuk alat tersebut ke dalam tanah, letakkan anak pokok pada ruangan, kepitkan, dan pokok secara automatik telah ditanam.
Dalam gambar ke 4 pula alat seperti roda yang berputar sambil menyemai benih ke dalam tanah.
Seterusnya, dalam gambar ke 5, menunjukkan teknik menanam menggunakan plastik penutup yang memberi pelbagai manfaat, antaranya mengurangkan rumput, mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan serangga perosak.
Gambar ke 6 menunjukkan cara menggunakan traktor untuk menggemburkan tanah dan juga membuat batas.
Invincible Youth telah mencetuskan minat saya dan isteri dalam bidang pertanian. Sebelum ini, kami hanya bertani secara maya, di dalam permainan Farmville, kemudian Hayday. Setelah berpindah ke rumah sewa sekarang, kami berpeluang untuk mempraktikkan ilmu bertani yang kami dapat daripada rancangan ini.
7 Februari 2019
2 Februari 2019