April 2020
31 Mac 2020, 4:10 pm
Berkorban untuk tidak menerima emolumen diraja untuk 6 bulan, bermula Mac hingga Ogos, di kala ada sesetengah golongan T20 yang menuntut bail-out untuk business mereka, mengugut untuk memberhentikan pekerja. Sesetengah lah, bukan semua. Ada jugak yg hati murni ☺️.
#Agong
#duit
#ekonomi
#YDPA
31 Mac 2020, 3:10 pm
Saya pilih makanan dalam tin🥫 sebab nak mudah. Lepas tu tak payah nak masak², jimat sikit gas dapur. Kalau gas habis waktu #MCO ni susah nak cari kedai yg buka.
#makan
30 Mac 2020, 5:45 pm
Dah berapa tahun main #game ni, campaign dia masih lagi sangkut kat chapter 14. Kena ada kereta yg minimum 746 PR. Nak buat in-app purchase beli gold pack atau VIP, rasa rugi pulak sebab game ni hanya utk habiskan masa kosong saja, bukan utk jadi atlet e-sports.
#game
#kereta
30 Mac 2020, 12:10 pm
B40 bermaksud ‘bottom 40%’.
#duit
#ekonomi
29 Mac 2020, 6:05 pm
Petang² tak dpt keluar ke mana², main gitar jak kerja. Banyak #lagu dah lupa, buka balik ultimate-guitar.com. Hari ni pasang kaset SOAD dgn BFS 🎸.
#gitar
#lagu
29 Mac 2020, 11:10 am
Imbas kembali #hargapetrol sejak awal tahun ni. Ia berada dalam trend menurun, kemudian naik sikit pada tengah Februari, sebelum jatuh mendadak pada bulan Mac:
#hargapetrol
#kereta
#Petronas
28 Mac 2020, 7:10 pm
Siaran ulangan kat RTM Sports dah berkali² tengok sampai naik boring. Terfikir pulak nanti bila liga dah bersambung nak buat posting laporan keputusan perlawanan menggunakan hashtag #LigaMalaysia. Sekarang baru ada 4-5 jumlah perlawanan, nanti² dpt tengok balik perkembangan liga, dari mula sampai ada pemenang.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaPerdana2020
#LigaSuper2020
28 Mac 2020, 12:35 pm
Dengan cara mengemop seluruh lantai rumah, menggunakan pencuci lantai Dettol dengan pewangi epal hijau.
27 Mac 2020, 4:05 pm
Berapa pula jumlah yg akan anda peroleh di bawah Pakej Rangsangan #ekonomi Prihatin Rakyat?
#duit
#ekonomi
#TSMY
27 Mac 2020, 10:55 am
Kat jalan raya nampak masih banyak kereta jalan². Ada jugak lori² besar hantar barang. Dekat area perumahan pun masih ada orang bermotosikal terkayo². Macam hari² biasa pulak, bukan tempoh perintah kawalan pergerakan, dah la hari hujan. Road block pun hanya jumpa satu selepas lampu trafik simpang Jalan Stephen Yong menuju MJC.