Fenomena super pink moon April 2020
Rabu, 8 April 2020, 2:06 pm0
Ia merupakan salah satu fenomena #supermoon ataupun keadaan apabila bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi. Kedudukan ini juga dikenali sebagai perigee – paling hampir dengan bumi, manakala satu lagi terma, apogee, bermaksud paling jauh dengan bumi.
Pada ketika ini bulan akan kelihatan 7% lebih besar dan 15% lebih cerah daripada kebiasaan. Fenomena ini berlaku malam tadi pada pukul 2.10 pagi.
Saya cuba mengambil gambar bulan menggunakan iPhone, tapi gambar kurang memuaskan, ditambah pula dengan keadaan sedikit berawan menyebabkan cahaya bulan sedikit kelam. Gambar pertama dapat menunjukkan lingkaran di sekeliling bulan, manakala gambar kedua menunjukkan saiz sebenar cahaya bulan.
Cahaya yg dipantulkan bulan ni tidaklah berwarna pink seperti namanya, tapi pink itu merujuk kepada warna bunga phlox subulata yang mekar pada musim bunga di Amerika Utara.
—
Selain itu, sekarang ni dalam tempoh #MCO ramai yg menyatakan bumi sedang merawat dirinya sendiri, pencemaran udara semakin berkurangan, dan suhu malam lebih sejuk dari kebiasaan. Ada laporan yg mengatakan di India, banjaran Himalaya boleh nampak dari lebih 200 km. Orang kat KL pun katanya boleh nampak pusat peranginan di Genting.
Oleh itu, saya nak ukur berapa suhu dalam rumah dan di luar rumah. Gambar ketiga boleh tengok perbezaan suhu hingga 2.3℃. Rasanya tak berapa sejuk, berbanding kalau hari malam yg berawan. Hari hujan tak kira lah, confirm sejuk .
Yang goreng² mesti nampak sedap
7 April 2020