Daging berasaskan tumbuhan ada kandungan protein kurang daripada daging sebenar
Ahad, 17 Mei 2020, 2:10 pm0
Di Amerika, penjualan daging alternatif sepanjang lockdown di sana telah meningkat sehingga 264% ⁽¹⁾.
Beyond Meat, salah satu pengeluar daging pengganti yang berasaskan tumbuhan dari Los Angeles. Daging alternatif ini diperbuat daripada campuran protein isolate kacang pis, protein beras, protein kacang hijau, minyak kanola, minyak kelapa serta bahan² lain seperti kanji kentang, ekstrak epal, lesitin bunga matahari, tepung buah delima dan pelbagai vitamin dan mineral ⁽²⁾.
Kandungan protein dalam produk daging Beyond Burger seperti dalam gambar adalah 20g bagi setiap hidangan (113g).
Untuk perbandingan, senarai di bawah adalah kandungan protein dalam setiap 100g daging sebenar ⁽³⁾.
- Daging lembu salai / beef jerky (30-40g)
- Stik tuna (32g)
- Ayam belanda (30g)
- Tuna dalam tin (25g)
- Daging lembu (20-24g)
- Ayam (24g)
- Salmon (24g)
- Sardin (21g)
- Daging kambing (20g)
- Makerel (20g)
- Daging babi (17-20g)
- Kerang (18g)
- Udang (15-18g)
- Telur (13g)
Bercakap tentang kandungan protein, untuk mengurangkan berat badan dan kegemukan, selalu disarankan untuk mengambil makanan tinggi protein. Tapi makan tinggi protein saja bukanlah caranya.
Konsepnya ialah kita mahu membina otot pada bahagian badan yang berlemak. Otot tersebut mestilah dilatih dengan cara bersenam. Selepas bersenam, sel otot di bahagian tubuh tersebut telah mengalami kerosakan yang tidak kritikal, boleh sembuh dengan sendirinya selepas 1-2 hari.
Di sinilah peranan protein tersebut, ia membantu membina balik sel otot yang telah rosak selepas #senaman. Proses pembinaan semula ini menggunakan sejumlah tenaga, dan tenaga ini diperoleh daripada lemak yang berada berdekatan dengan otot. Apabila lemak ini digunakan dalam proses menyembuhkan sel otot, jumlah lemak akan berkurangan, seterusnya membantu mengurangkan berat badan atau kegemukan.
Berapa banyak protein kena diambil? Bergantung kepada jenis senaman:
- Jika anda memilih untuk senaman endurance seperti joging, berlari dan berbasikal, kena ambil protein dalam 1.2-1.4g per kilogram berat badan setiap hari
- Jika anda memilih senaman strength seperti angkat besi (#workout di gym) atau bodyweight training, kena ambil protein dalam 1.2-1.7g per kilogram berat badan setiap hari.
Contoh, berat badan anda 70kg. Anda suka buat senaman angkat besi, jadi minimum protein dalam sehari anda kena ambil ialah 70 x 1.2 = 84g. 84g protein bersamaan:
- 280g ayam belanda
- 350g daging lembu, ayam atau salmon
- 400g sardin
- 420g daging kambing
- 646g telur (10 biji sehari kalau sebiji telur gred B dalam 65g)
Kalau anda follow Sazali Samad kat Youtube, dia dulu waktu zaman bujang #makan sampai 30 biji sehari, kuning telur maksimum 2 biji. Kuning telur kena kurangkan sebab mengandungi lemak dan kolestrol, kurang baik untuk kesihatan jantung. Sekarang ni dia ambil hanya 8 biji sehari, bersamaan 30g protein, manakala kuning telur masih maksimum 2 biji, bersamaan 12g lemak ⁽⁴⁾.
⁽¹⁾ https://www.theverge.com/2020/5/15/21259997/plant-based-meat-coronavirus-impossible-beyond
⁽²⁾ https://en.wikipedia.org/wiki/Beyond_Meat
⁽³⁾ https://www.coachmag.co.uk/nutrition/healthy-eating/3525/high-protein-foods-16-of-the-best
⁽⁴⁾ https://youtu.be/ph_cSKBqUBs
Semalam sempat pergi hantar cat inspection
18 Mei 2020