Bancuh protein powder dalam air sejuk ke air panas?

240163242_368074578095691_3227222405087565036_n.jpg

Jumaat, 27 Ogos 2021, 3:00 pm1,230

Ini persoalan yang selalu ditanya oleh mereka yang baru guna protein powder untuk , dan jawapan saya untuk persoalan ini:

Air sejuk, sebab protein powder lebih mudah larut, sama ada dikacau guna sudu atau guna botol shaker. Ini bertentangan dengan tepung milo atau tepung susu, yang lebih mudah larut dalam air panas.

Saya pernah cuba bancuh guna air panas, memang tak nak larut. Berapa lama kacau pun masih berketul².

Ada juga yang tidak menyarankan untuk dibancuh dalam air panas, orang kata protein mati. Protein ni terdiri daripada asid amino. Struktur kimia asid amino ini boleh berubah jika terdedah kepada suhu tinggi, dan boleh menyebabkan fungsi protein itu terjejas.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/368074621429020/

Tulis komen: