Jalan² tengok gunung Serapi
Jumaat, 29 Mei 2020, 2:05 pm1,492
Jalan² tengok gunung Serapi.
Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai – #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.
Di Gunung Serapi terletaknya menara pemancaran siaran TV dan radio. Menurut info dari #MyTV (https://myfreeview.tv/coverage), di sini juga terletaknya pemancar untuk siaran TV digital, tapi kami yang tinggal berdekatan sering mengalami gangguan siaran sampai beberapa saluran tak dapat diperoleh. Ada cerita juga kata stesen pemancar TV digital terletak di Gunung Gading kat Lundu. Kalau betul, patut la signal tak kuat .
Ok, cerita pasal jalan pulak. Saya selalu pandu #kereta buat fun drive kat Jalan Singai – Matang ni sebab banyak selekoh² yang buatkan rasa mahu ambil kona baring. Selalunya saya bermula dari kawasan Kampung Kolong, kemudian keluar melalui Jalan Sungai Moyan. Kat jalan Sungai Moyan ni lah ada beberapa laluan lurus yang panjang, buat rasa nak memecut jak .
Tapi kalau nak lalu pemandangan nampak Gunung Serapi ni, kena jalan patah balik, dari Jalan Sungai Moyan ke Kampung Kolong. Di sini terdapat beberapa kampung kecil dan rumah² di sepanjang jalan, jadi kalau limpas kawasan banyak rumah atau simpang, kena perlahan sedikit, jalan pun tak berapa lebar. Sekurang²nya kualiti jalan bagus, dapat juga memecut & layan corner.
Jalan Singai – Matang ni hujungnya keluar ke jalan ke Bau, dekat kawasan Tondong. Saya sekarang jarang nak pandu sampai sini, sebab masih #MCO bersyarat, tak pasti kalau ada roadblock kat situ.