Macbook Pro 13 inci 2020 kembali menggunakan keyboard dengan scissor mechanism
Rabu, 6 Mei 2020, 8:20 am0
Papan kekunci (keyboard) yang terdapat pada #Macbook Pro ataupun #Apple Magic Keyboard dahulunya dikenali sebagai keyboard yang paling selesa dan paling tinggi kadar ketepatan penggunaannya. Selain #Mac, keyboard yang terdapat pada #Lenovo #Thinkpad juga antara yang paling selesa digunakan.
Sehingga tahun 2015, keyboard Mac menggunakan mekanisma gunting (scissor mechanism). Bermula dengan Macbook Pro tahun 2016, Apple telah memasang keyboard dengan mekanisma rama² (butterfly mechanism).
Keyboard baru ini mengundang banyak kontroversi. Antaranya kekunci yang berasa melekat (sticky), kadang kala tidak bertindak balas (unresponsive), mudah memerangkap habuk dan bagi keyboard pada Macbook Pro, kekuncinya cenderung untuk menjadi panas.
Saya sendiri memiliki Macbook Pro tahun 2011 yang menggunakan keyboard dengan scissor mechanism, dan juga Apple Magic Keyboard yang menggunakan butterfly mechanism.
Jika dibandingkan keyboard pada Macbook Pro dengan keyboard luaran (external) ini, terdapat perbezaan yang agak ketara, seperti external keyboard ini lebih bising bunyinya semasa diketik, kekuncinya rasa lebih longgar, macam mudah nak tercabut, dan juga perkara yang paling saya tidak puas hati adalah rekaan kekunci arah yang sama saiz (lihat gambar ke-3).
Semasa menaip terutamanya semasa coding, saya banyak menggunakan kekunci arah (↑, ←, →, ↓), dan saya perlu menggunakannya dengan cepat tanpa melihat di manakah kedudukan kekunci tersebut. Rekaan pada keyboard scissor mechanism, dengan rekaan huruf T terbalik, mudah untuk jari saya mengesan di manakah kedudukan kesemua kekunci. Tapi bagi keyboard butterfly mechanism, semua kekunci sama saiznya, dan sering saya tertekan kekunci ‘Option’ semasa nak tekan kekunci kiri (←).
Butterfly mechanism keyboard pada Macbook pula saya pernah cuba pada Macbook 12 inci dan Macbook Pro 13 & 15 inci di kedai Switch ataupun Thunder. Memang tidak selesa menggunakannya, sebab key travel (jarak kekunci untuk ditekan) terlalu rendah, iaitu 0.8mm, rasa seperti menekan permukaan meja, kurang rasa tindak balas butang kekunci itu ditekan.
Macbook Pro 13 inci edisi tahun 2020 yang baru keluar kelmarin, kembali menggunakan keyboard dengan scissor mechanism, menjadikan keyboard ini lebih selesa digunakan. Key travel juga semakin rendah, daripada 3-4 mm pada scissor keyboard yang lama, kepada 1mm pada keyboard yang baru. Dan yang paling best, kekunci arah telah kembali menggunakan rekaan huruf T terbalik.
Harga Macbook Pro 13 inci tahun 2020 bermula dengan RM5,599. Kalau tak mampu, boleh saja beli yang terpakai, asalkan pilih edisi 2015 dan ke bawah.