Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tulis tentang sesuatu di FB / IG pastu iklan berkaitannya tiba² keluar?

98432531_146674566902361_5916778824216870912_n.jpg

Selasa, 19 Mei 2020, 6:45 pm0

Ramai mesti pernah tengok situasi macam ni. Terutama sekali lepas search sesuatu kat website shopping, bila buka FB atau IG, iklan tentang barang yang disearch tadi mula keluar.

Kalau difikirkan secara logik teknikal, takda apa yang misteri atau magic sangat. Sebab bila korang tulis update kat FB atau IG, data tentang update tu disimpan dalam database kat server Facebook. Pastu mereka akan proses kandungan update tu untuk cari keyword dan konteks yang ada padanan dengan iklan² yang dibuat oleh advertisers di FB.

98361725_146674600235691_1169528103031013376_n.jpg
99161543_146674626902355_6980695682894004224_n.jpg
98331772_146674656902352_6852495582032822272_n.jpg
98920563_146674700235681_6898460223250366464_n.jpg

Hinggakan sekarang gambar, video dan audio pun diproses untuk dapatkan info atau keyword untuk advertisers. Kalau korang upload gambar kereta, FB dapat detect dalam gambar tu ada kereta, pastu akan cari iklan yang berkaitan kereta untuk ditunjukkan.

Macam saya ada tulis pasal protein dan kurangkan berat badan, lalu banyak iklan protein powder & mesin angkat besi keluar 💪😅.

Bila tulis pasal maintenance , lalu ada keluar iklan dari Kia, Mitsubishi & Perodua suruh beli kereta baru 🚙.

Kalau tulis pasal makanan, berlobo² iklan KFC, Pizza Hut & iklan makanan lain yang keluar 🍗.

Raya dah dekat, saya terfikir nak buat kelainan, orang lain buat lemang, rendang, kuih muih, saya nak buat sup ayam ginseng pulak lah. Sihat sikit. Dulu pun pernah raya kat Malaya sup ayam ginseng saja 😭. Nak tengok ada tak iklan FB atau IG yang recommend produk sup ayam ginseng 🐓.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/146674723569012/

Tulis komen: