Jalan² melihat pemandangan matahari petang di Lebuhraya Kuching - Samarahan

Rabu, 10 Jun 2020, 2:25 pm
3 bulan #MCO jumlah kenderaan di jalan raya berkurangan secara drastik. Hasilnya, atmosfera bumi pun semakin bersih dan pulih. Sehingga dapat menikmati pemandangan yang cantik & jelas seperti ini.
Sekarang dengan PKPP, semakin banyak kenderaan memenuhi #jalan, kesesakan jalan raya pun akan meningkat, kilang² akan beroperasi semula, petani² mula membakar kebun untuk menyediakan tapak tanaman musim baru, ini semua bakal mengisi balik ruang atmosfera dengan gas² ekzos, asap dan zarah terampai.
Nikmati suasana ini sementara masih sempat. Dalam bulan Ogos – September biasanya akan berlaku jerebu .
Berita: Mulai hari ini pergerakan merentas daerah dibenarkan tanpa perlu permit.
Berita: Di USA dah lebih 2 juta orang dijangkiti #Covid19.