Aidiladha tahun ni korbannya lain macam
Jumaat, 31 Julai 2020, 2:15 pm0
Sambutan #raya korban biasanya berorientasikan berkorban kemampuan fizikal diri, masa dan kewangan untuk pergi mengerjakan haji di Mekah, ataupun menyediakan haiwan korban yang biasanya kos tinggi & memerlukan ramai orang untuk mengerjakannya.
Tapi tahun ni, disebabkan #Covid19, mungkin kita kena berkorban untuk tidak berkorban. Setiap tahun mungkin kita terlibat sama dalam pengurusan penyembelihan haiwan korban, tapi tahun ni tak terlibat sama.
Sama juga dengan pergi haji, tahun ni 1,000 orang ⁽¹⁾ saja dari seluruh yang dibenarkan mengerjakan haji. Tahun ni kena berkorban untuk tidak melakukan aktiviti ibadah yang melibatkan kesesakan orang ramai, untuk sama² menjaga kesihatan.