Korang dikira golongan miskin kalau gaji bawah RM2200
Isnin, 13 Julai 2020, 11:40 am0
Ini kerana had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah dikemaskini 3 hari lalu, mengikut kaedah pengukuran kemiskinan yang baru. RM2208 adalah maksimum jumlah pendapatan isi rumah untuk dikira termasuk dalam golongan miskin. Pendapatan isi rumah bermaksud, jumlah bulanan yang diperoleh oleh satu² rumah dengan mengumpul pendapatan kesemua ahli rumah yang bekerja. Kalau satu rumah diduduki keluarga 3 generasi, datuk nenek ada pencen, mak bapak ada pekerjaan, anak pula ada kerja part time, jadi kena jumlahkan kesemua pendapatan mereka untuk sebulan.
Nombor ini diperoleh berdasarkan harga semasa perkara² asas untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal, perubatan, pendidikan dan akses kepada maklumat. Untuk perkara asas makanan, harga barangan tertentu diambil kira daripada barangan yang mempunyai kualiti kesihatan yang lebih baik, contohnya susu pekat manis, digantikan dengan susu tepung.
Apa maksudnya kepada rakyat? Selepas ini, dasar kerajaan akan digubal berpandukan PGK ini. Segala bantuan akan mengambil kira had terkini ini. Harapnya bantuan lebih mudah sampai kepada ramai orang yang gajinya tak sampai pun 2000 sebulan. Ramai saudara mara saya yang tinggal di kampung merungut kerana sukar untuk mendapatkan kelulusan bantuan seperti BSH, BPN, termasuk bantuan kerajaan Sarawak.