Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara pasang dual monitor pada Mac mini

118189390_171810587722092_1987584169697073794_n.jpg

Jumaat, 21 Ogos 2020, 4:10 pm0

mini tahun 2012 ni ada dua port untuk sambung monitor: HDMI dan Mini DisplayPort a.k.a Thunderbolt.

Saya dah ada monitor Acer X203H (sebelah kanan) sejak dari UTP lagi, agak² dalam tahun 2006-2007. Paparan skrin dia pun dah menguning. Yang bagusnya monitor Acer ni dia ada speaker, sambungkan headphone jack ke audio input kat belakang monitor ni, boleh la cukup nyaring jadi speaker backup.

Untuk monitor Acer ni, saya sambungkan menggunakan kabel VGA. Tapi nak dicucuk kat Mac mini, kena beli adapter Mini DisplayPort to VGA (https://c.lazada.com.my/t/c.bocusU?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fthunderbolt-mini-dp-display-port-to-vga-cable-adapter-mini-displayport-converter-i1252096551-s3743114404.html).

Monitor sebelah kiri ni, LG Flatron E2041, baru beli melalui FB marketplace, ada penjual kat Unicentral nak jual sebagai preloved item. Harga pun murah, bawah RM200. Ini pun satu tips macam mana nak dapat beli harga murah – beli 2nd hand.

Kedua² monitor bersaiz 20 inci, dan dua² hanya ada port VGA dan DVI saja. Jadi disebabkan MiniDisplay Port dah dipakai, saya cari HDMI to VGA adapter. Tapi yang saya beli kat Mr DIY ni, adapter warna hitam kat atas meja tu, tak dapat nak pakai. Bila pasang, skrin jadi off. Bila pegi Google sekejap, rupanya VGA to HDMI dan HDMI to VGA tu ada beza dia, tak dapat nak pakai tukar² (interchangeable).

VGA to HDMI = dari VGA port kat komputer, ke HDMI kat monitor
HDMI to VGA = dari HDMI port kat komputer, ke VGA kat monitor

Kiranya dah betul la apa yang saya beli kalau diikutkan apa yang ditulis pada kotak pakej, tapi mungkin kedai yang buat packaging pun tak tau beza kedua² adapter tu.

Jadi saya beli pulak kabel HDMI to DVI (https://c.lazada.com.my/t/c.boXYyC?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Funitek-1080p-dvi-to-hdmi-hdmi-to-dvi-cable-2-waybi-directional-support-ps4-i240622451-s912154874.html). Tak pakai lagi kabel VGA tadi, terus pakai kabel baru, cucuk terus ke port HDMI kat Mac mini.

Lepas semua kabel dah cucuk pasang, on saja Mac mini, terus dapat pakai, tak da nak install driver apa² bagai. Cuma mungkin nak setting sebelah mana skrin kiri, sebelah mana kanan. Kiri tengok source code, kanan tengok result kat browser 👀..

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/171810581055426/

Pingback: Monitor LCD vs peti sejuk

Tulis komen: