Jalan² tengok matahari terbenam tepi sungai ada river cruise

123306064_189899572579860_4129662315746792286_n.jpg

Sabtu, 31 Oktober 2020, 3:00 pm657

Dalam sebulan ni tiap petang mesti turun hujan lebat & ribut petir. Tu yang jarang dapat tengok matahari terbenam.

Kali ni jumpa satu port baek untuk duduk lepak² tengok matahari terbenam. Lokasi di tepi Sungai Sarawak, bersebelahan apartment Prima Bintawa.

Kebetulan ada kapal Sarawak River Cruise melintas, betul² waktu matahari terbenam. Di tengah² gambar dapat lihat bangunan Wisma Bapa Malaysia, dengan background cahaya matahari kemerahan.

Bagus jugak tempat ni, tenang suasananya. Apartment Prima di sebelah pun masih sedikit penduduk, jadi kurang riuh rendah.

Cuma satu masalah, di tebing sungai ni banyak sampah sarap yang dibuang ke sungai ni, terkumpul & tersangkut di tepi sungai, menyebabkan bau yang kurang enaq 🤢.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/189899569246527/

Tulis komen: