Jalan² tengok matahari terbenam tepi sungai ada river cruise
Sabtu, 31 Oktober 2020, 3:00 pm0
Dalam sebulan ni tiap petang mesti turun hujan lebat & ribut petir. Tu yang jarang dapat tengok matahari terbenam.
Kali ni jumpa satu port baek untuk duduk lepak² tengok matahari terbenam. Lokasi di tepi Sungai Sarawak, #jalan bersebelahan apartment Prima Bintawa.
Kebetulan ada kapal Sarawak River Cruise melintas, betul² waktu matahari terbenam. Di tengah² gambar dapat lihat bangunan Wisma Bapa Malaysia, dengan background cahaya matahari kemerahan.
Bagus jugak tempat ni, tenang suasananya. Apartment Prima di sebelah pun masih sedikit penduduk, jadi kurang riuh rendah.
Cuma satu masalah, di tebing sungai ni banyak sampah sarap yang dibuang ke sungai ni, terkumpul & tersangkut di tepi sungai, menyebabkan bau yang kurang enaq .
1 November 2020