Dah cuci kotor balik ![😅](https://s.w.org/images/core/emoji/15.0.3/72x72/1f605.png)
![133798005_222292349340582_6042777012235880523_n.jpg](https://azwan082.my/wp-content/uploads/2020/12/133798005_222292349340582_6042777012235880523_n.jpg)
Selasa, 29 Disember 2020, 11:10 am0
Waktu saya bermalam di hotel di #Sibu, kebetulan malam tersebut adalah malam hari Krismas.
Kedai bersebelahan dengan hotel tersebut telah membakar mercun roket pada tengah malam.
Keesokan harinya, saya dapati banyak sisa² mercun berterabur di atas #kereta ini, termasuklah kereta² penginap hotel yang lain.
Tak kisah sangat pun sebenarnya. Kereta ni pun belum lagi dicuci sejak beberapa minggu lalu semasa berada di Kuching.
Kat Kuching saya letak si #vivaturbo ni di tempat parking yang berbatu dan berpasir. Akibatnya, jadi jamban kucing lah tempat tu. Habis tayar depan bertempek dengan cebisan .
Dalam perjalanan ke Sibu, tiap kali keluar kereta, ada la disapa oleh aroma semerbak .
Oleh itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu, saya hantar kereta ni ke Auto Spa Carwash. Berikut merupakan gambar sebelum dan selepas menjalani rawatan spa .
Seperti yang semua maklum, #jalan lebuhraya Pan Borneo masih lagi dalam pembinaan, jadi tak dapatlah kereta ni kekal bersih. Bila sampai Bintulu, dah kembali tebal dengan debu & percikan air tanah & lumpur .
Serombong Kilang Rumbia, Mukah
30 Disember 2020
Kat Kuching tak ada pasaraya Doremon ni
28 Disember 2020