Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Review 3 tahun menggunakan car door rubber seal untuk soundproof pintu kereta

Khamis, 10 Disember 2020, 11:25 am0

Tujuan saya memasang jalur getah (https://www.instagram.com/p/BVcVajKhLCR/) adalah untuk mengurangkan lagi bunyi bising dari luar ini, terutama sekali bunyi tayar dan bunyi angin semasa laju.

Memang berkesan, kabin kereta lebih senyap, tapi selepas 3 tahun, ini antara beberapa perkara yang saya dapati:

130127546_210158740553943_2482802663127113894_n.jpg

① – Pelekat yang digunakan untuk melekatkan jalur getah ini menyebabkan pintu kereta susah nak dibuka sebab ‘melekat’, terutama sekali pintu belakang sebelah kiri. Ini kerana semasa menutup pintu, getah pintu asal pada sebelah daun pintu menekan jalur getah ini sehingga teralih dan mendedahkan pelekat.

129731636_210158787220605_892661823623870016_n.jpg

② – Disebabkan pelekat ini terdedah, jadi banyaklah kotoran melekat padanya. Lebih² lagi pada bahagian bawah pintu, apabila penumpang masuk dan keluar, kasut atau selipar terkena pada jalur getah tersebut dan melekatlah tanah atau kotoran.

130064054_210158823887268_5911108147213251083_n.jpg

③ – Selain itu, getah pintu asal ini nampaknya semakin kempis. Kalau jalur getah soundproof tu saya tanggalkan, kemungkinan getah pintu ini semakin kurang berkesan dalam menyerap hentakan semasa menutup pintu ataupun menebat bunyi dari luar.

Antara perkara lain yang timbul semasa menggunakan jalur getah soundproof ini ialah pintu semakin sukar ditutup, tapi bagi saya, ia adalah ciri yang kena saya terima jika mahu dapatkan fungsi soundproof tersebut.

Walau bagaimanapun, jalur getah ini masih lagi berfungsi dalam menebat bunyi dari luar, kabin kereta masih lagi kurang bising.

Masalah paling besar saya terhadap jalur getah ini ialah pintu melekat & menyebabkan kotoran. Jadi saya mahu tanggalkannya dan gantikan dengan cara lain untuk soundproof pintu kereta ini. Oleh itu, nantikan post seterusnya, saya akan kongsikan bagaimana caranya.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/210158867220597/

Pingback: Buang rubber seal soundproof, ganti baru getah pintu bonet Perodua Viva, part 1

Pingback: Buang rubber seal soundproof, ganti baru getah pintu bonet Perodua Viva, part 1

Tulis komen: