Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Buang rubber seal soundproof, ganti baru getah pintu bonet Perodua Viva, part 1

Jumaat, 11 Disember 2020, 11:30 am0

Sambungan daripada post semalam (https://azwan082.my/post/8499/), jalur getah untuk soundproof ini menyebabkan pelbagai masalah seperti pintu sukar dibuka & kotoran banyak melekat. Jadi ini cara yang saya pilih untuk atasi masalah tersebut sambil mengekalkan soundproofing pada ini.

Untuk part 1, saya fokuskan untuk menggantikan getah pintu pada bahagian bonet belakang. Part seterusnya baru buat pintu pemandu & penumpang.

131049790_210873180482499_8153413339218885331_n.jpg

① – Mula² rubber seal soundproof ini kena dibuang dahulu. Jalur getah tu senang saja dicabut, cuma pelekatnya yang ambil masa sikit untuk ditanggalkan perlahan².

Lebihan pelekat ini saya buang menggunakan sticker remover jenis spray yang boleh didapati di kedai Mr. DIY. Sticker remover ini datang dengan pengikis (scraper) plastik. Lepas spray, kena kikis sisa² pelekat tadi, tak cukup dengan hanya mengelap dengan kain atau tisu.

131045267_210873243815826_5497016564583272343_n.jpg

② – Ini rubber yang baru untuk bonet belakang, saya order dari penjual di Kangar melalui Shopee, boleh cari menggunakan keyword ‘viva bonnet rubber’. Nombor part: 67881-BZ050.

Kalau setakat tukar rubber pintu yang baru, tak berapa banyak beza dengan menggunakan rubber yang datang dari kilang, oleh itu saya gunakan teknik ini:

130966690_210873340482483_2253506250483864907_n.jpg

③ – Rubber pintu bonet ini terdapat rongga kosong di dalamnya, yang apabila makin lama dipakai, makin mengempis. Ruang ini saya isi dengan hos PVC transparent saiz 4.8 mm x 0.75 mm, ataupun hos akuarium.

Hos ini meningkatkan tahap kekedapan pintu apabila ditutup, liang² kecil sekeliling pintu lebih ditebat untuk menghalang bunyi bising masuk. Ia juga tidak mudah mengempis seperti getah pintu original selepas digunakan bertahun², oleh itu soundproofing yang diperoleh akan turut kekal lama.

Untuk memasukkan hos PVC ke dalam rongga getah bonet belakang ini, kena gunakan pelincir seperti cecair sabun cuci tangan (hand wash) untuk mengelakkan hos daripada tersekat² ketika ditolak masuk.

131012685_210873417149142_4965736894409316616_n.jpg

④ – Seterusnya, untuk memasang getah ini pada pintu bonet belakang, terdapat trim plastik yang berdekatan bonnet struts, kiri & kanan, yang kena dibuka dahulu. Terdapat rivet plastik yang boleh dibuka menggunakan skru mata philips, dan trim lain dapat dicabut menggunakan pergerakan menyentak (jerking movement).

Getah pintu bonet yang asal boleh dibuka dengan mencabut begitu saja. Getah yang baru pula dipasang dengan menekan masuk saja ke posisi getah asal di sekeliling bukaan pintu bonet (ikut arah anak panah kuning).

Kalau getah pintu bonet ni terlebih panjang, potong saja lebihan menggunakan pisau pena (pen knife). Walaupun getah ini di dalamnya ada mengandungi kepingan besi nipis yang berfungsi sebagai pencengkam, pisau pena cukup kuat untuk memotong keping besi tersebut.

Lepas habis pasang getah baru, pasang balik trim plastik yang dibuka tadi, dan cuba tutup pintu bonet belakang, tengok kalau ada masalah seperti susah nak tutup atau kalau ada benda yang tersekat.

Ok, pintu bonet belakang siapp! 😅