Review Hotel Place2Stay @ Sri Aman

150695687_250942626475554_6869706784004701882_n.jpg

Selasa, 16 Februari 2021, 10:00 am881

Hotel ini nampak baru beroperasi. Terletak di Jalan Bayu, kalau memandu guna jalan utama menuju ke bandar , simpang di sebelah kiri. Kena guna Waze kalau tak jumpa simpang, jalan tu nampak macam masuk ke lorong taman perumahan 😅.

Ia berada di hujung lot bangunan, banyak tempat letak kereta di tepi hotel ini. Ada lif untuk ke semua 3 tingkat.

Bilik di sini tidak menggunakan kad kunci untuk pintu bilik, tapi guna anak kunci biasa. Cuma untuk elektrik, ada diberikan kad akses elektrik, yang ada juga diberi password WiFi pada kad tersebut.

WiFi di hotel ini adalah yang terbaik dalam kesemua hotel yang saya inap sepanjang perjalanan ke Miri hujung tahun lalu. Sambungan internet laju & lancar, dapat tengok Youtube untuk beberapa jam 👍🏻.

Untuk ulasan lanjut , lihat album di sini:

Biliknya bersih & masih baru, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki, dan dengan harga kira² RM60 satu malam, saya bagi ★★★★☆.

🎉

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/250942623142221/

Pingback: Merasa jjajang ramyun oleh Samyang

Tulis komen: