Saya dah daftar untuk terima kad jimat petrol paling mujarab percuma daripada kerajaan, begini caranya 😏

Sabtu, 27 Februari 2021, 9:00 am0

Ini cara untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. Mula², kena install MySejahtera dalam smartphone masing² & daftar akaun dulu ⁽¹⁾. Dah ada akaun MySejahtera, baru dapat daftar untuk program imunisasi.

151528338_257248529178297_7859764880287194990_n.jpg

① – Tekan kat ikon ‘COVID-19 Vaccination’.

149281886_257248502511633_5282399142081178060_n.jpg

② – Tekan kat ‘Vaccine for ’.

151677445_257248515844965_931817504042224491_n.jpg

③ – Kat sini anda kena semak butiran diri. Kalau ada yang silap, tekan butang ‘Edit’ dan betulkan. Bila semua dah ok, baru tekan ‘Confirm’.

153332431_257248539178296_7667412850765286679_n.jpg

④ – Yeay! Ada gambar orang bersorak ni tandanya butiran diri anda telah disimpan dalam sistem MySejahtera. Tekan pula kat ‘Next’

153783692_257248549178295_5445072135140582516_n.jpg

⑤ – Kat sini dia bagitau, buat masa sekarang, masih fasa pertama, hanya frontliners yang akan terima suntikan . Nanti aplikasi ni akan bagitau bila fasa seterusnya akan bermula.

Buat masa sekarang, anda kena beri maklumat tambahan untuk mendaftar. Tekan kat ‘CLICK HERE’.

152706953_257248495844967_6129990525123532590_n.jpg

⑥ – Untuk mendaftar, di sini diberi soal selidik mudah, hanya jawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Jangan jawab Yes or Yes pulak 🤪.

Untuk soalan ke-2, ‘comorbidities’ tu mengikut hasil carian Google, bermaksud seseorang yang menghidap dua atau lebih penyakit secara serentak, contohnya darah tinggi + kencing manis, diabetes + hypertension, dll ⁽²⁾.

149990906_257248525844964_4549943713786652346_n.jpg

⑦ – Untuk soalan tempat tinggal ni, tekan saja butang bulatan di tepi ruangan teks tu, nanti aplikasi akan mengesan lokasi anda menggunakan GPS smartphone. Kalau anda pernah block location permission, mungkin kena aktifkan dulu permission tu.

Bila dah jawab semua soalan, tekan ’Submit’.

152361389_257248509178299_5914504593991689879_n.jpg

⑧ – Dia bilang ‘trima kasi’, kita jawab ‘summer-summer’ 😆.

Tekan ‘Close’.

156205071_260377755532041_5381335414383809015_n.jpg

⑨ – Akhir sekali, paparan ini akan keluar untuk memaklumkan pendaftaran sudah berjaya.

Kalau tak dapat paparan ini, tunggu untuk beberapa jam, kemudian cuba lagi mendaftar bermula dari langkah nombor 1. Sesetengah orang mungkin kena mencuba beberapa kali baru dapat ⁽⁶⁾.

Kronologi:

21/2 – Vaksin Covid-19 daripada Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia ⁽³⁾.
24/2 – PM menerima suntikan vaksin ⁽⁴⁾.
25/2 – 800k lebih orang dah daftar ⁽⁵⁾. Anda bila lagi? 😎

Ok, kad jimat petrol takda, nih senarai ada, untuk minggu ke-1 Mac 2021:

🟡 RON 95 – 2.05 (+0.05)
🟢 RON 97 – 2.35 (+0.05)
⚫ Diesel – 2.15 (harga siling)

⁽¹⁾ https://therohani.com/cara-daftar-mysejahtera-malaysia/
⁽²⁾ https://www.health.com/condition/infectious-diseases/coronavirus/comorbidities-meaning-covid
⁽³⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/788461/kumpulan-pertama-vaksin-covid-19-tiba-di-tanah-air
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/789721/muhyiddin-terima-suntikan-pertama-vaksin-covid-19
⁽⁵⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2021/02/668966/more-800000-have-registered-covid-19-vaccine
⁽⁶⁾ https://www.facebook.com/hanif.mokhtar/posts/10224473554206963

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/257248639178286/

Tulis komen: