Jalan² di Pantai Pugu, Lundu, awal tahun ni sebelum kena PKPB
Rabu, 7 April 2021, 11:30 am0
Sebelum ni saya ramal PKP/B akan berlanjutan hingga Mac ⁽¹⁾, sekarang dah April, masih lagi kena sekatan melintas daerah. Belum lagi dapat melancong ke ‘Lundun’ .
Mungkin kena tunggu hingga bulan Ogos baru reda sikit #MCO kobit. Masih ramai orang berdegil nak berkumpul ramai², lebih² lagi tak lama lagi raya & gawai.
Buat masa sekarang, #jalan kat dunia maya saja dulu.
① – Dari pantai Pugu boleh nampak 2 pulau Talang-Talang Besar & Kecil. Pulau² ini adalah antara lokasi terpenting dan utama dalam usaha pemuliharaan penyu ⁽²⁾.
② – Ini adalah teritip jenis leher angsa (gooseneck barnacle), banyak melekat pada kayu² yang terdampar di sepanjang pantai Pugu.
Rupanya teritip jenis ni boleh dimakan, kat Sepanyol & Portugal, sekilo teritip gooseneck boleh mencecah harga RM2000 ⁽³⁾.
—
3 bulan lalu, keadaan laut berombak besar, sampai nampak berkabus kat tepi pantai:
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/01/kucing-kerja-grab-pkpb-seluruh-sarawak/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/323503628008022/posts/367162046975513/
⁽³⁾ https://torontolife.com/food/trend-watch-percebes-gooseneck-barnacles/