Nanti buka puasa dengan air tin teh tiga lapisan (3-layer tea)

Selasa, 13 April 2021, 3:00 pm
Teh C Special jenama Three Tea adalah daripada syarikat Greenleaf F&B, manakala Sarawak 3-Layer Tea adalah daripada syarikat Leaves Food, kedua²nya syarikat berasal dari Sarawak.
Kesemua minuman ini berasaskan ramuan yang sama – teh hitam + susu / krimer + pemanis. Apabila dibubuh dalam gelas, ia tidak dikacau untuk menampakkan kesemua lapisan air minuman ini.
Untuk Three Tea perisa caramel, pemanis menggunakan gula apong, manakala pandan & coconut pula mencampurkan sirap teh C pandan keluaran Greenleaf.
Sebelum adanya 3-layer tea atau teh C dalam tin, saya biasanya membeli di restoran Sugarbun, sebuah rangkaian fast food berasal dari Sarawak. Seingat saya Sugarbun juga menggunakan sirap teh C keluaran Greenleaf untuk menghasilkan menu 3-layer tea mereka.
Bagi saya, saya suka #minum jenama Three Tea sebab rasa yang lebih sedap, cukup rasa manis & berkrim, manakala jenama Leaves pula kurang gemar sebab rasa yang agak kelat. Bagi anda pula, mana satu jadi kegemaran? Tolong bagi reaction sikit .