K-drama kat iflix macam makin disembunyikan
Ahad, 16 Mei 2021, 2:00 pm0
Dulu² waktu #raya selalu tengok movie² keluar panggung kat TV, macam malam tadi ada Kuch² Hota Hai mesti ramai Gen-Y duduk depan TV . Sekarang dah banyak streaming services, boleh tengok online saja, tak susah nak cari link download. Disebabkan raya PKP sekarang, saya layan #drama Korea saja, lama dah tak tengok, yang latest pun rasanya Goblin .
Nasib baik sekarang senang sikit nak cari drama untuk ditonton. Kat #iflix pun ada juga, tak perlu akaun VIP. Tapi satu benda saya perhati, sejak diambil alih oleh Tencent, semakin banyak kandungan dari China, dan kandungan Korea semakin ‘disembunyikan’.
Banyak #movie filem² Korea yang saya tonton sejak mula PKP tahun lalu dah tak ada lagi ⁽¹⁾. Pastu drama yang baru² ni saya tonton pun bila search lagi, tak muncul kat result. Nasib baik sempat simpan link ke drama tersebut, kalau ada siapa² nak tengok jugak:
The Heirs – https://www.iflix.com/play/bvmfpoewhkj0ggt/k0034lj2v3q
Flower Boy Next Door – https://www.iflix.com/play/lfoj6huxwfp8w3u/g0035jctsuv
The Heirs dah habis layan, Flower Boy masih setengah jalan, tapi kedua² drama asyik membuatkan saya cakap dalam hati, ‘kesian Shin Hye~’ .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/04/dah-ready-sumber-hiburan-untuk-mco-fasa-ke-3/
Kosong jak CityOne sebelum raya
17 Mei 2021