Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Satu lagi jalan bagus untuk fun drive semasa matahari terbenam, BKSS loop part 7

Sabtu, 5 Jun 2021, 2:00 pm0

Bermula dari pekan Tebedu, saya menuju ke Bunan Gega & berhenti sebentar kat klinik di sana.

Jalan di laluan ini agak baik, tak banyak lubang², dan banyak jalan lurus untuk korang tekan habis 🏎.

Tak berapa banyak kampung² di tepi jalan, kebanyakannya disambungkan dengan jalan penghubung. Ini juga bagus sebab kurang risiko kemalangan berbanding jalan yang ada kampung & rumah bersusun di tepi jalan utama.

Saya tak berapa jumpa tempat² menarik tumpuan ramai, yang ada hanya kampung, kebun & ladang sawit. Dah habis PKP nanti nak datang balik sini raon² 😉.

Tonton video ini di :

▶ https://youtu.be/3FtoLI_keVw

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/316825086553974/

Tulis komen: