Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cuba kibar bendera coklat pulak kat rumah orang tertentu ni 💩

204941124_333625794873903_9082425028308226509_n.jpg
203932256_333625801540569_6798573156357654060_n.jpg

Jumaat, 2 Julai 2021, 10:40 pm0

Ada segelintir penduduk yang sampai berminggu² catu makanan ataupun berlapar. Jiran & penduduk sekeliling ada yang tak tahu pun perihal tu, sebab mungkin mereka yang ditimpa musibah ni berasa malu untuk ketuk pintu rumah jiran untuk minta sedikit makanan macam isteri Ali Baba.

Jadi kempen bendera putih ni inisiatif orang ramai untuk membantu mereka yang terdesak untuk mendapatkan keperluan asas terutamanya makanan. Lebih² lagi dengan lockdown sekarang yang tak tahu bila nak tamat, nak keluar kerja tak dapat, apatah lagi nak pergi minta pertolongan dari pihak berkuasa.

Tapi boleh pulak ada pihak tertentu pergi komen macam ni ⁽¹⁾ ⁽²⁾. Ni mesti spesies hanya baca tajuk, tak faham kandungan. Kalau diikutkan post asal ⁽³⁾, tak ada pun kata bendera putih ni bermaksud berputus asa. Ia cuma signal daripada isi rumah kepada jiran tetangga, yang bermaksud mereka perlukan pertolongan 🏳.

Ia satu idea ringkas, mudah diikuti, dan lebih cepat untuk menyelesaikan masalah, berbanding tunggu ‘saluran yang betul’ untuk bertindak.

Lepas ni kita kibarkan pulak bendera coklat kat rumah YB yang tak jenguk² langsung penduduk, mentang² dah dapat peruntukan 300k untuk bakul makanan, entah² masuk bakul sendiri.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/177786515581027/posts/6489811381045144/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/1422465924657555/posts/3070035006567297/
⁽³⁾ https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1305927416475567&id=100011749636641

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/333625874873895/

Tulis komen: