Franklin sembunyi dalam garaj untuk lepas 5 bintang wanted, glitch GTA 5

236909555_359091002327382_2520582769886699118_n.jpg

Rabu, 11 Ogos 2021, 9:15 pm

Franklin sembunyi dalam garaj untuk lepas 5 bintang wanted, glitch GTA 5.

Dalam setiap mesti ada glitch yang kadang² lucu atau jadi mudah nak habiskan target tertentu. Untuk ni saya jumpa satu glitch kat garaj rumah Franklin kat Vinewood Hill.

Apabila dapat wanted, sembunyi dalam garaj, nanti pintu garaj akan tertutup, polis tak dapat nak masuk. Lain daripada garaj Michael & Trevor yang pintunya tak tutup bila dah masuk dalam.

Lepas tu, pintu kat belakang garaj ni macam separa tembus. Pada kedudukan tertentu & dekat pada pintu, dengan menggunakan senjata pistol atau SMG, Franklin dapat tembak menerusi pintu. Syaratnya, apabila aim, marker tu mesti tukar warna merah menandakan aim pada target (polis), dan bila tembak, polis akan kena, walaupun berada di sebalik pintu yang tertutup tu.

Agak pelik, tapi ini salah satu glitch pada logik game ini yang saya jumpa. Boleh guna untuk naikkan level kemahiran menembak. Dan kalau banyak polis kena tembak, boleh naik wanted level sampai 5 bintang, sampai SWAT & askar pun datang.

Dan disebabkan Franklin dapat menembak menerusi pintu pada sudut & kedudukan tertentu, polis yang berada di luar juga boleh menembak Franklin balik. Dah 2, 3 kali Franklin wasted kat sini 🤪.

Lepas beberapa ketika, apabila dah makin sedikit polis berada kat belakang garaj, akan dapat evade polis, bintang wanted mula berkelip & last² dapat juga escape, hanya dengan berada dalam garaj.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: