Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lepas injek sambung habiskan game

240516670_367188258184323_2644286614684599039_n.jpg
239970778_367188294850986_1077912560105560829_n.jpg

Selasa, 24 Ogos 2021, 1:35 pm0

Kalau ikutkan statistik dalam , tempoh masa saya main hanya 6 hari, tapi masa sebenarnya sebulan lebih untuk habiskan story mode . Pro gamer mesti dapat habiskan tak sampai sehari šŸ˜….

Tapi ada beberapa mission yang saya skip, terutamanya part main tembakĀ², itu memang lemah nak control. LebihĀ² lagi satu freaks & strangers mission untuk Trevor kat kedai dalam gambar ke-2. Ada had masa untuk tembak 25 orang, berkaliĀ² cuba, asyik gagal, pening mata tengok grafik dikaburkan dengan tersekatĀ² šŸ˜µ.

NantiĀ² cuba lagi story mode, bila dah upgrade gaming PC šŸ–„.

ā€”

Sabtu lalu saya dah dapat dos ke-2 AstraZeneca kat BCCK. Seperti sebelum ni ā½Ā¹ā¾, memang lancar kat HCO A, tak sesak. Cuma parking bawah bangunan tu ditutup untuk dijadikan tempat menunggu. Parking di luar jak, bawah matahari. Saya terlupa bawa kertas kuning surat persetujuan yang bersama kad vaksinasi, tapi staff pengurusan ada beri borang baru untuk diisi, memudahkan šŸ‘.

Kemudian selepas injek, di ruang pemerhatian, orang ramai diarahkan duduk pada baris kerusi ditetapkan ikut nombor giliran, dan staff bertugas yang mengambil & menghantar balik borang & kad vaksinasi dalam kumpulan mengikut baris kerusi. Lebih lancar, berbanding sebelum ni seorang demi seorang bergerak ke kaunter untuk update MySejahtera & kad vaksinasi.

Berkenaan kesan sampingan pula, tak seperti dos pertama, kali ni tak ada demam kuat. Cuma sering sakit kepala, ada sedikit rasa sejukĀ² badan & sakitĀ² belakang. Walaupun petang lepas injek cuaca hujan lebat, pastu malam suhu sejuk dari tengah malam hingga ke pagi, dalam bilik 24-25Ā°C, biasanya 28-30Ā°C, tapi tak datang demam & tak perlu ambil panadol.

Kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat sambung jalanĀ² šŸ˜·. PPV kat BCCK pun akan henti operasi hari ni ā½Ā²ā¾.

ā½Ā¹ā¾ https://azwan082.my/2021/06/lepas-injek-lalu-dapat-makan-pokok-%f0%9f%a5%a6/
ā½Ā²ā¾ https://www.theborneopost.com/2021/08/21/bcck-ppv-to-end-operation-aug-24/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/367188324850983/

Pingback: Mana nak cari RPG free kat Los Santos?

Pingback: Orang Korea sebut Pfizer jadi ā€˜hwaijaā€™ šŸ˜…

Tulis komen: