Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dua isu panas Facebook dalam minggu ni

244757741_395706118665870_8222816122205132689_n.jpg

Jumaat, 8 Oktober 2021, 4:05 pm0

Yang pertama, laman termasuk produk berkaitan seperti WhatsApp & Instagram, kesemua website & service tersebut tergendala pada Isnin lalu. Menurut FB, ia disebabkan oleh kesilapan semasa penyelenggaraan rutin ⁽¹⁾.

Satu command dilancarkan untuk check global backbone sistem dalaman FB, tapi terdapat kesilapan dalam command tersebut (ada typo mungkin), dan kesilapan tersebut tidak dapat ditangkap oleh audit tool yang dipasang untuk mengelak kesilapan tadi. Ini menyebabkan connection server global backbone FB semua down.

FB juga ada DNS server sendiri, yang translate alamat facebook.com kepada IP address server. Dalam respond DNS ini juga ada diberi info laluan untuk mencapai server ini, info yang dinamakan BGP (Border Gateway Protocol) ⁽²⁾. Tapi disebabkan server² backbone semua dah tak dapat di-access, jadi info BGP pun tak diberi semasa respond DNS query.

Dalam gambar boleh nampak saya highlight error 503, no server available. Itu menunjukkan DNS dapat jawab query dan beri IP address, tapi mungkin ini adalah IP address load balancer, yang tak dapat cari ke server mana nak dihantar request ini.

Isu kedua pula tentang pendedahan whistleblower ⁽³⁾, seorang bekas product manager FB, yang mengatakan kepimpinan FB (Zuck?) berkeras untuk kekal menggunakan engagement sebagai ukuran matrik utama dalam menala pada news feed. Menurut beliau, dengan mengutamakan engagement, pengiklan dapat memaksimakan hasil daripada pembelanjaan wang pada FB ads.

Tapi keburukan mengutamakan engagement untuk algorithm pada news feed ialah ia menjurus kepada masalah sosial & politikal. Contoh, apabila seseorang menulis atau berkongsi berkenaan isu yang sensitif atau tidak benar, seperti antivaksin, teori konspirasi, info palsu berkenaan kerajaan ataupun info serangan pengganas, ia akan mendapat lebih respond seperti like, reaction, share dan comment. Engagement yang tinggi ini menyebabkan kandungan seperti itu lebih banyak ditunjukkan pada news feed, berbanding kandungan yang tak ada orang baca atau like.

Fenomena ini juga disebut echo chamber, di mana, apabila seseorang itu percaya kepada satu² perkara, dan bila dikongsikan di FB, lebih banyak kandungan yang menyokong idea tersebut akan keluar pada news feed, termasuk yang disenaraikan dalam suggested page, group, atau person. Ini menyebabkan pengguna menjadi lebih yakin & percaya akan perkara tersebut, sedangkan dia tak tahu FB sedang menyuap dirinya dengan info yang salah, hanya sebab kandungan tersebut memiliki kadar engagement yang tinggi.

⛺🔥

⁽¹⁾ https://engineering.fb.com/2021/10/05/networking-traffic/outage-details/
⁽²⁾ https://www.theverge.com/2021/10/4/22709260/what-is-bgp-border-gateway-protocol-explainer-internet-facebook-outage
⁽³⁾ https://www.technologyreview.com/2021/10/05/1036519/facebook-whistleblower-frances-haugen-algorithms/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/395706151999200/

Tulis komen: