Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lepas 6 bulan, masih teruk jalan di sini, BKSS Loop part 14

Sabtu, 9 Oktober 2021, 12:55 pm0

Rabu lalu, pergerakan antara daerah dah tak perlu permit lagi ⁽¹⁾. Jadi benda pertama nak buat ialah lengkapkan siri dashcam drive BKSS loop ni, tinggal 2 part saja lagi.

Dalam bulan April & Mei lalu, saya ada lalu kat jalan Asajaya – Samarahan ni, terdapat kerja pembinaan jalan, dengan batu² kasar dilapis atas jalan raya. Sekarang bahagian jalan tersebut dah siap ditar, tapi terdapat bahagian baru yang masih dalam pembinaan.

Kalau drive kat sini, kena drive guna eco mode sendiri, tak dapat nak guna angol mode 😆. Nak laju macam mana pun, tetap juga keadaan permukaan jalan yang tak rata, berlubang, dengan banyak trafik yang menggunakan jalan pesisir, tambah lagi banyak rumah & kampung di sepanjang jalan ini & motosikal orang kampung – risiko kemalangan tu tinggi.

Katanya jalan ni akan jadi jalan pesisir, nanti ada jalan baru untuk jadi jalan utama ke-2 (2nd trunk road), dibina di laluan baru, tapi belum nampak kerja² membuka hutan atau menambak tanah lagi.

Tengok video ini di :

▶ https://youtu.be/-G2_iVV5rgA

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/photo/?fbid=168651655440444&set=pcb.168654432106833

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/395319818704500/

Tulis komen: