Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Berita PRN Sarawak tenggelam oleh banjir di Lembah Klang

267847286_440336144202867_271267870086520989_n.jpg

Ahad, 19 Disember 2021, 6:35 pm0

Seperti dijangka, GPS memenangi kali ini dengan majoriti mudah, memperoleh 76 kerusi daripada 82 jumlah keseluruhan ⁽¹⁾. Dapatlah parti pemerintah meneruskan projek² pembangunan tanpa banyak bangkangan.

Cuma apabila tak ada check & balance oleh pihak pembangkang, lebih mudah pihak yang memegang kuasa menyalahgunakan kuasa tersebut. Dah banyak dengar cerita tender projek diagih² sesama ‘bala’ orang . Dah makan sebahagian besar bajet projek, kononnya untuk tujuan ‘pengurusan’, pastu projek ditolak tepi kepada sub² kontraktor. Hujung² rakyat tak dapat apa² pun.

Dah kena undi tu, sekarang kami nak tengok apa tindakan wakil rakyat. Lebih² lagi musim tengkujuh sekarang. Bukan setakat di Malaya yang kena hujan lebat ⁽²⁾, di sini pun setiap hari ada datang ribut petir. Cuma mungkin belum sampai datang , selalunya dekat CNY tahun depan barulah tinggi air naik kat sini, macam awal tahun ni ⁽³⁾.

Ada segelintir yang masih kuat kepercayaan animisme mengatakan bencana ni akibat SOP tak rapat saf 🤦🏻‍♂️ ⁽⁴⁾. Biasalah, tin kosong lebih ingar bunyinya.

Oleh itu kalau nak isi diri dengan pengetahuan berkenaan , hujan, fenomena taufan & pasang surut air laut, boleh follow page MatGeo ⁽⁵⁾. Penulis page ini banyak berkongsi berkenaan ilmu arah tiupan angin, ramalan cuaca, termasuk amaran ribut taufan, hujan lebat & laut bergelora, yang mana info yang dikongsikan dapat dimanfaatkan kita untuk bersiap sedia dengan situasi cuaca buruk yang bakal melanda.

Saya dah follow page ni untuk beberapa bulan sekarang & baca beberapa posting, walaupun tak dapat nak faham sepenuhnya, tapi info yang dikongsikan dapat memberi sedikit penerangan berkenaan punca fenomena hujan lebat tak henti² selama 2 hari lebih hingga banyak tempat di Lembah Klang dinaiki air.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/sprgovmy/posts/455162349306222
⁽²⁾ https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/283150843844336
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/01/tak-tau-berapa-tinggi-air-banjir-awal-pagi-tadi/
⁽⁴⁾ https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/3092498927706625
⁽⁵⁾ https://www.facebook.com/mymatgeo/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/440336180869530/

Pingback: Dah start musim sejuk 🥶

Tulis komen: