Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kempen online menerusi MySPR

264454828_432555804980901_4050464254586400901_n.jpg

Isnin, 6 Disember 2021, 8:30 pm0

Hari ni hari penamaan calon untuk negeri Sarawak. Boleh check kat app MySPRSemak untuk info tentang tempat & masa buang dan juga calon² yang bertanding.

Walaupun dalam app ini ada disenaraikan nama calon, tapi kami sebagai pengundi, tak berapa kenal & tahu latar belakang sesetengah daripada mereka semua. Mungkin pihak SPR boleh tambah ciri baru dalam app MySPR, iaitu:

Setiap calon yang bertanding dikehendaki menghantar satu link URL untuk menempatkan info berkenaan diri masing², seperti biodata, latar belakang, sejarah diri, manifesto, janji² pilihanraya, sehinggalah link kepada video atau live streaming kempen masing².

Kalau calon ada FB page, IG, Twitter, channel Youtube atau Tiktok, bolehlah letak kat app MySPR tu.

Supaya kami sebagai pengundi, dapat memanfaatkan lagi app ini untuk tujuan pilihanraya, dengan mengenali setiap calon & mengikuti perkembangan kempen, seperti ceramah live.

Disebabkan data berkenaan senarai calon & tempat bertanding dah ada dalam app tersebut, secara teknikalnya, ciri ini hanya memerlukan tambahan satu field dalam database, kemudian data API kena sertakan field baru ini dalam response, dan app kena tambah click event listener untuk buka link tersebut dalam web browser.

Implementation tak banyak, tapi kerenah birokrasinya banyak 😅.

Bahan² kempen secara online pula boleh dibuat dalam beberapa bentuk medium. Contohnya menggunakan format video. Untuk video panjang, boleh upload ke Youtube. Video pendek, boleh juga upload ke IG atau FB. Video joget² boleh letak kat Tiktok 😆. Share-kan link ke YT / IG / TT tu kat MySPR, nanti bila klik, terus buka ke target app masing².

Nak buat live streaming, boleh guna Youtube live, ataupun Instagram live.

Kalau nak guna format gambar, macam² tempat boleh letak – FB / IG / Twitter.

Kalau tak pandai buat video atau design grafik, guna format audio pun boleh. Rekod suara cakap² dalam phone, pastu upload ke Youtube.

Kalau tu pun tak tahu, balik ke basic, tulis dalam bentuk teks, macam tulis mesej WhatsApp. Pastu post-kan kat social media. Kalau tak ada social media, post teks ke Pastebin. Pastu share link ke pastebin tu kat MySPR.

Dah lama saya tak guna pastebin, dulu² selalu share source code guna cara ni sebelum ada Github Gist 😁.

Untuk calon yang memang dah ada social media, mungkin ada banyak akaun kat pelbagai platform, boleh guna Linktree untuk kumpul kesemua link social media tersebut kat satu tempat. Nanti boleh share link ke Linktree tu ke MySPR.

Kalau ada website sendiri pun lagi bagus. Share link ke website sendiri.

Kalau diri sendiri tak pandai buat semua ni, beri tugas kepada secretary masing², takpun upah freelancer.

Gambar: Orang lain bertanding guna nama sendiri, Fadhil letak nama Cardock terus, legend! 😎

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/432555864980895/

Tulis komen: