Sempat join kelas online Youtube Cardock semalam

wm_92009599_132447248325093_6601265150840274944_n.jpg

Jumaat, 3 April 2020, 9:30 am

Sempat join kelas online Youtube Cardock semalam.

Dapat sedikit ilmu berkenaan jenis kandungan video yg tidak boleh dimonetize, atau dimasukkan iklan. Sempat jugak mendapat shout out drpd Cardock, thank you bro 👍.

Cardock jadi cikgu dlm live , viewers jadi pelajar, dekat chat jadi tempat bertanya, pastu Cardock jawab bila baca komen.

Rasanya ok lah setup / susunatur begini untuk buat kelas pembelajaran, terutamanya untuk menengah, kolej dan universiti. Untuk kelas² teori yg tidak memerlukan kehadiran fizikal di kelas, ini cukup bagus untuk menjalankan proses pembelajaran.

Sebelum ni pun saya ada ambil online course School of Aquaponics, menggunakan format video, tapi yg pre-recorded. Cikgu akan menerangkan subjek menggunakan video dan kemudian melakukan pop quiz sebelum satu² chapter tu boleh ditanda sebagai complete. Kalau ada soalan, kena tanya kat forum section, tapi agak lambat la untuk dapat respon dari cikgu. Berbanding live video, cikgu boleh terus jawab & kat situ ada high level of engagement, lebih rasa menyertai sesi pembelajaran.

Memang ada byk kelemahan buat cara live video ni, seperti masalah kehadiran, ada yg menyemak / spamming dlm ruang chat, ada yg online saja tp tengok benda lain 🙄 dsb.

Masalah ini mungkin boleh di atasi dgn mengubah sedikit sistem pendidikan, seperti menjadikan kelas² pembelajaran ini eksklusif, hanya yg menghadirinya dapat memperoleh akses kepada sesuatu peluang atau kerja. Contohnya, mereka yg menghadiri kelas online photography A ini saja yg mendapat job photography session B yg akan diadakan bulan depan.

Yg pentingnya orang yg menghadiri kelas ini adalah org yg betul² mahu mempelajari ilmu yg diajar dalam kelas, dan bukan yg hanya mahukan sijil.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: