Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lama tak makan pau

266218303_435540251349123_6229446233499841917_n.jpg
266729012_435540304682451_1229499629259004263_n.jpg

Ahad, 12 Disember 2021, 12:40 pm0

Kedai Mesra Petronas kat sini selalu ada jual pau dari jenama Pau Istimewa ⁽¹⁾. Macam² inti dari ayam & rendang, hingga ke red bean, custard & macam² lagi. Sekarang tak pasti masih ada lagi ke tak stall tu, lama dah tak beli dari sana

Kali ni nak cuba rasa pau sejuk beku ni, brand Ocean Planet. Roti pau dia lembut sama macam Pau Istimewa, cuma saiz agak kecil sikit, pau istimewa tu saiz XL.

Pastu inti pau ni agak manis walaupun inti BBQ ayam. Kalau inti ayam saya suka lagi kalau lebih rasa masin atau rasa umami a.k.a MSG, bukan rasa gula. Kalau inti bukan isi ayam atau daging, seperti red bean, butter atau custard, barulah cun diberi rasa manis.

Satu lagi, pau sejuk beku ni lebih kuat bau & rasa yis pada roti pau berbanding Pau Istimewa. Bau yis yang kuat ni, kalau ikutkan Rirang girl camper ⁽²⁾ kata bau macam makgeolli 😅.

Lepas kukus, sebaiknya biarkan pau dalam pengukus & ambil pau yang ingin dimakan saja keluar, supaya pau kekal panas & lembap. Kalau dihidang atas pinggan, pau jadi sejuk & dah tak berapa syok nak makan panas² ♨.

⁽¹⁾ http://luarteko.blogspot.com/2016/03/pau-istimewa-ayam-cendawan-di-kuching.html
⁽²⁾ https://youtu.be/SVWAx8UZ01g?t=1734

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/435540354682446/

Tulis komen: