Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara menghadapi flight delay

271204029_451803466389468_163111610987578637_n.jpg

Jumaat, 7 Januari 2022, 9:30 pm0

Hadapi dengan senyuman, kata Dewa19 😅.

Flight ke Penang semalam, asalnya saya book pukul 1 petang, sampai Penang pukul 3 petang, 2 jam penerbangan. Beberapa hari sebelum terbang, dapat emel dari kata flight delay ke pukul 6.30 petang. Kemudian beberapa jam sebelum terbang, dapat lagi emel kata delay ke pukul 8 malam.

Bila masanya nak terbang, tunggu² belon turun parking, kemudian berbaris nak masuk, dan tunggu nak take off, jam dah 8.30. Dalam fikiran, mungkin sampai Penang pukul 10.30, belon slow² parking, pastu berbaris ambil beg, mungkin jam dah pukul 11, takut² kaunter kereta sewa dah tutup.

Nasib baik masa sebenar sampai tak terlalu lewat. Saya tengok jam, take off (belon mula memecut laju nak berlepas) adalah pada 8.30 malam, dan touch down (belon dah mendarat, membrek kuat² & slow² begerak ke terminal) pada 10.10 malam, sejam 40 minit saja berada di atas langit.

Di airport Kuching, biasanya nak ke Penang atau KL guna AirAsia, akan guna gate 1 atau 2, terletak jauh di hujung sebelah kiri lepas turun dari kawasan pemeriksaan kastam. Tapi kali ni, guna gate 6, belok kanan, selepas pintu masuk ke arrival hall, tak jauh sangat.

Saya tengok banyak kedai makan kat kawasan boarding dah tutup, tak pasti sebab dah masa tutup (pukul 8 lebih), atau kedai dah tak beroperasi sebab PKP, atau dah ubah sebab norma baru. Nasib baik ada vending machine air, boleh guna duit kertas seringgit, beli air kosong untuk makan Panadol, sebab badan masih sakit² lepas kena cucuk booster ⁽¹⁾.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/orang-korea-sebut-pfizer-jadi-hwaija-%f0%9f%98%85/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/451803506389464/

Tulis komen: